Selamat Hari Lahir to my first anak buah n me =)

Author: | Posted in my life, UTP 2 Comments

Dari Abu Hurairah R.A., katanya, Rasulullah SAW bersabda;
“Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati, dan jangan pula mendoakannya sebelum mati itu datang sendiri. Kerana apabila kamu telah mati maka terhentilah kamu dari beramal. Sesungguhnya, bertambah panjang umur seorang mukmin bertambah pula kebaikan yang dapat diperbuatnya“. [HR Muslim]

Alhamdulillah genap sudah umur hari ini 23 Mac 2009 / 1 Rejab untuk berasa cukup bersyukur kerana telah diberi 24 tahun yang lalu hidup di dalam nikmat dan rahmatNya. Diberi peluang untuk hidup di dalam nikmat iman dan islam. Alhamdulillah.
Tidak ada apa yang dapat kita buat untuk menunjukkan rasa syukur kita melainkan dengan kita terus beribadat kepadaNya. Malulah jika amal masih sedikit walau umur semakin bertambah. Mati juga semakin menghampiri.
Kali ini ana menyambut hari lahir di UTP, walaupun sepatutnya sambut di rumah bersama keluarga pada 25 Mac ini ( birthday mak ).
7am : recevied call from ma. ” Happy birthday. You sambut besday kali ni dengan baby la”, kata mak ana.
Alhamdulillah k.Izah ana selamat melahirkan baby peremuan ada 6am 23 March 2009. Baby masih belum bernama. Ma ajak balik sebab takde sape nk jaga k.Izah sangat. Ma n abah keje. Abg.Rizal ada cuma tak tahu dia dt cuti samai bila. Insyaallah ptg ni akan menyusul ke Batu Pahat. Beberapa hari je sebab nak kena berkampung di Perak pula. Alhamdulillah.
Lepas ni ana sambut birthday dengan anak buah =)

Comments
  1. Posted by eVy-D-YaNa
  2. Posted by Ismi Huda

Add Your Comment

CommentLuv badge