Kuew Teow Cili Padi ..DONE

Author: | Posted in resepi 2 Comments

Alhamdulillah berpeluang juga untuk masak tengahari ni memandangkan kelas takde sampai pukul 3 hari ni.


Dan seperti post yang terdahulu..semestinya menunaikan menu yang tertunggak. Thank you kepada sahabat-sahabat yang menyumbangkan idea-idea masakan especially Mrs.Daus. Berikut merupakan resepi kuew teow goreng cili padi yang kebanyakannya idea Mrs.Daus dan diedit sedikit mengikut selera saya. Baru dimasak tadi :

Resepi kuew teow goreng cili padi (versi Deeja & Huda)

BAHAN-BAHAN

1 paket kecil kuew teow
6 batang cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
sos tiram
kicap pekat
udang basah
sayur taugeh
*1 biji bawang merah besar
*1 biji bawang putih
*udang kering

CARA-CARA

1) Bahan yang bertanda * dikisar terlebih dahulu
2) Tumis bahan-bahan yang dikisar
3) Masukkan sos tiram, kicap pekat, cili padi yang telah diketuk dan gaul sebati
4) Masukkan udang basah
5) Masukkan kuew teow
6) Akhir sekali masukkan sayur yang ada di dalam peti sejuk rumah anda (saya guna taugeh)
7) Tambah air untuk menjadikannya kuew teow basah
8) Jangan lupa garam dan gula
9) Saya goreng telur mata sebagai tambahan. Tapi telur matanya tak jadi separuh masak. Terlebih masak pulak =p

Rasa insyaallah sedap tapi still tak dapat challenge kuew teow V3 dulu… Yang penting makan semasa panas-panas. Insyaallah tindak balas panas+pedas akan menghasilkan sejenis cecair yang akan berlinaran di mata anda. Itu key sedapnya mengikut selera saya.

Have a try =)
What next??

Comments
  1. Posted by Norzila Noh
  2. Posted by Ismi Huda

Add Your Comment

CommentLuv badge