Selamat Hari Guru …teacher Huda

Author: | Posted in my life 1 Comment
Posting yang agak terlewat untuk topik ini. Mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ibu saya, Cikgu Siti Naimah, ibu mertua Cikgu Sabariah dan Cikgu Safian, abang : Cikgu Nazri, makcik2,ipar duai yang bertugas sebgai guru. Dan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, SMK Tun Aminah, MRSM Taiping, UTP dan guru-guru yang mengajar secara tidak langsung. Semoga Allah membalas jasa anda semua.

Dan buat kali pertama menerima ucapan Selamat Hari Guru dari murid-murid tuisyen saya yang seramai 27 orang itu. Tak sangka pulak..siap dapat hadiah pulak. Kita tidak mengharapkan apa-apa tapi orang dah kasi, kena hargai. Murah rezeki sejak jadi guru tuisyen di rumah ni. Mana-mana ibu pelajar yang kerjanya menjual kuih, pandai dan rajin masak selalu dapat buah tangan dari mereka. Ibu yang ambil upah menjahit, dapat murah sikit bila upah kat dia..hehe. Ada ibu yang menjual rojak dan air…selalu dapat rojak dan air. Walaupun pada pandangan orang, pemberian mereka mungkin tidak seberapa tapi yang penting saya sangat rasa dihargai sebagai guru yang mengajar anak-anak mereka.

Bila ada ibu bapa yang berjumpa saya personally, call cakap terima kasih sebab anak mereka ada peningkatan, saya rasa gembira dan bersyukur sebab duit ibu bapa yang dilaburkan ada pulangannya. Tujuan saya buat tuisyen ni pun lebih pada nak bantu anak-anak orang Islam sekitar kejiranan saya yang kebanyakannya bukan orang senang. Yuran pun saya tak ambil banyak sebab saya tahu kemampuan mereka.

Buat masa sekarang cukuplah student seramai 27 orang ni. Ada ibu bapa yang nak daftar anak-anak lagi esp yang sekolah menengah tapi saya terpaksa menolak secara baik sebab memang dah penuh. Ditambah lagi bila berbadan dua ni saya agak tidak larat. 1 kelas dalam 6 orang sudah memadai.

Insyaallah saya doakan ilmu yang saya beri kepada murid-murid saya ni jadi saham di akhirat nanti dan semoga mereka berjaya di dunia akhirat.

Terima kasih cikgu =)
Comments
  1. Posted by Fakeh

Add Your Comment

CommentLuv badge