10 month and 38 week already

Author: | Posted in my life, pregnant 6 Comments
Alhamdulillah hari ni 26 July 2010 genap 10 bulan menjadi isteri kepada Mr.Luvly, Bari’ Asyraf. Tiada ucapan yang setanding untuk menggambarkan tanda penghargaan dan terima kasih ayang atas kasih sayang, cinta yang abang beri. You complete me. Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan semoga sayang dan cinta ini kekal mekar hingga keakhirnya~~

Hari ni juga kandungan dah mencecah 38 minggu. Terasa baru semalam mengetahui diri ini pregnant. Cepatnya masa berlalu. Kalau ikut abang lagila .. “rasa semalam je baru kahwin, ayang dah nak bersalin dah ye..” =p

Sepanjang kehamilan ni, I had experienced a lot .. semuanya mengajar erti kesabaran, kekuatan diri, kasih sayang dan hikmah yang terbesar sekali ialah kebesaran Yang Maha Pencipta. Kalau hendak diceritakan semua pengalaman, x larat den nak type. Serba sedikit saya share untuk tatapan semua pembaca..

How my life’s changing during this pregnancy:

  • Alhamdulillah di awal pregnancy tidak mengalami alahan yang teruk seperti mommys yang lain. Cuma loya dan muntah sikit-sikit, tak boleh nak masak, tak selera dengan masakan sendiri, tak boleh bau bawang, ikan..
  • Semakin sensitif dan emosional >>> ni hubby yang bagi taula. Syukran hubby kerana memahami.
  • Tiada mengidam yang bukan-bukan. Seingatnya pernah mengidam beberapa kali. Antaranya bubur lambuk yang ma buat(alhamdulillah dapat). Sedaap…
  • Antara lain yang teruja dengan my pregnancy selain hubby dan keluarga ialah anak-anak murid tuisyen saya. Dalam kelas mesti tanya macam-macam pasal kandungan saya. Antara soalan yang ditanya oleh murid saya Darjah 1 hampir setiap hari; “Cikgu dah bersalin ke? Mana baby cikgu?” .. “Nanti cikgu dah dapat baby saya nak cubit pipi dia boleh x?” .. ” Perut cikgu besar, ada baby kat dalam” .. “Baby cikgu ada dalam perut lagi ke?”. huhu…
  • Tidak minum air tebu sepanjang kehamilan ni walaupun teringin sangat. Air tebu tajam .. takut perut tak tahan.
  • Hb(hemoglobin) saya rendah sepanjang kehamilan ni. Datang klinik asyik merah je buku pastu kena komen selalu dgn nurse/doktor. Hampir2 didiagnos kerana Thallasemia. Alhamdulillah takde. Beberapa kali darah kena ambil kat lengan sebab nak hantar ke hospital untuk cek.
  • Menerima layanan istimewa untuk wanita yang mengandung dari orang awam dan sahabat2. Huhu..
  • Di akhir kehamilan ni selalu mengalami Braxton Hicks contraction/kontraksi palsu.
  • Perut rasa sangat berat. Rasa nak jatuh ke depan je.
  • Sakit pinggang, kepala. (‘they’ are my best friend now)
  • Water retention. Kaki dan tangan rasa mengembang je. Kasut pun dah tak muat..
  • Menimba ilmu yang pelbagai berkenaan kehamilan, parenting .. etc
  • Selalu rasa tidak bertenaga esp lepas makan
  • Yang paling tak tahan.. PANAS. Badan berpeluh sokmo. Duduk saja je pun peluh boleh mengalir macam hujan. Normal for pregnant woman.
  • Banyak berjalan…petua mudahkan bersalin. Kalau hari biasa, berjalan dalam rumah beberapa kali pusingan. Kalau weekend takde program, hubby rajin ajak jalan-jalan kat Mesra Mall, pasar malam. Yang penting jalan kaki..
  • Pembelian barang-barang baby melalui online. Senang sikit melalui online. Antara yang dibeli online : Cloth diapers, breastpump, milk storage, romper dari blog Syahad =), mandian aura akar kayu dan nursing pillow.
  • Cakap-cakap dengan baby, bacakan Al Quran untuk dia.
  • Suka tengok baby gerak. Perut sampai senget/tinggi sebelah kadang-kadang. Apelah baby buat kat dalam tu ye..
  • Bermacam-macam lagi pengalaman pahit dan manis =)
  • Cuba untuk tidak menjadikan pregnancy ini sebab tidak dapat hadir ke mana-mana program dan aktiviti. Walaupun boss NISA’ Paka dah kecualikan diri ini untuk hadir ke program atas keadaan diri sekarang. Insyaallah selagi larat saya datang.
Sekarang ni memang tunggu masa la. Baby pun dah turun bawah dan attach doktor kata. Aware dengan tanda-tanda bersalin. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Thank you to my hubby, family esp ma and mertua yang banyak beri panduan dan sokongan.

This is my last post before bersalin. Doakan semua selamat ye.

2 weeks to go, baby.
Umi and Abi can’t wait to give you all of our love.

Comments
  1. Posted by eVy-D-YaNa
  2. Posted by Ismi Huda
  3. Posted by eVy-D-YaNa
  4. Posted by Norzila Noh
  5. Posted by nanny^wanie
  6. Posted by eVy-D-YaNa

Add Your Comment

CommentLuv badge