Balqis & Alfredo

Author: | Posted in my life, resepi 7 Comments


Balqis Adeena Bt Bari’ Asyraf (2 days old)


Bismillahirrahmanirahim.

Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah ini hari ke 54 bergelar ibu. Greatest moment & gift from Allah. Walau banyak ujian dan kena banyak bersabar bila jadi umi ni..semoga Allah permudahkan. Selamat melahirkan Balqis pada 30 Julai 2010 (Jumaat) jam 12.45pm di Kuantan Medical Centre. Penghargaan tidak terhingga buat suami yang sentiasa ada di sisi menemani saat2 terindah melahirkan anak kami. Penghargaan buat suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat semasa melalui tempoh bersalin dan berpantang. Mengulangi kata-kata yang pernah diucapkan buat suami” I’m the most luckiest person on earth to have you in my life”. Semoga kita dapat menempuh segala cabaran suka duka dalam mendidik Balqis menjadi anak solehah.

raya pertama bersama suami dan juga Balqis


Balqis kena tuam perut kembung dengan abi (semalam)

Alfredo tu ape pulak? Nak share resepi pasta alfredo. Resepi asal dari web ini Allrecipes . Tapi diolah mengikut selera sendiri dan bahan yang ada. Resepi ni tak guna sos Prego atau sos lain dlaam tin. Buat sendiri. Better you try =)


Bahan-bahan:

Heavy cream – tapi saya guna santan sbb heavy cream tiada
butter
chicken stock
mushroom – cari yang halal ye
carrot
chicken
sosej
telur – ambil kuning nya aje
bawang merah & putih
parmesan cheese

Cara-cara:

1) Cairkan butter, kemudia masukkan cream/santan. Api perlahan je. Kacau hingga mendidih.
2) Masukkan chicken stock
3) Masukkan ayam, bawang putih & merah, carrot, sosej, cendawan shitake yang dipotong kecil2
4) Akhir sekali masukkan kuning telur & parmesan cheese
5) Perasakan dengan Italian herb, garam & cili padi kalau mahu pedas
6) Sos akan menjadi pekat dan sedap. Hidangkan dengan macaroni yang telah direbus.

Resepi ini sempat dijamu kepada pasangan Mai & Kucai yang kebetulan bertandang ke rumah. Pasangan Ziana & Afiq, Iman & Irfan x sempat saya nak jamu sebab datang lewat sikit dah abis. Saya masak pulak sikit sebab tak tau mereka nak datang. Insyaallah lain kali saya buatkan lagi.


Pasta Alfredo (pinggan terakhir, kuahnya sikit dah)
Comments
  1. Posted by armouris
  2. Posted by eVy-D-YaNa
  3. Posted by Ismi Huda
  4. Posted by ammira azmi
  5. Posted by ammira azmi
  6. Posted by Ismi Huda
  7. Posted by eVy-D-YaNa

Add Your Comment

CommentLuv badge