Iqra’ .. Bacalah

Author: | Posted in my life No comments

Alhamdulillah…selesai kelas tuisyen English darjah 3 pagi tadi seperti biasa. Tapi ada yang lainnya pada kelas hari ini. Hari ni seorang lagi pelajar baru mendaftar menjadikan kelas darjah 3 saya seramai 6 orang. Pendaftaran ditutup =)

Semasa mengajar tajuk Preposition tadi, saya meminta setiap seorang pelajar saya membaca petikan yang diberi. Sampai giliran pelajar baru ni dia senyap je. Berulangkali saya panggil nama dia…tapi dia senyap je. Tak lama kemudian saya tengok dia kesat air mata. Ehh..menangis ke? Dalam hati tanya..”aku ni garang sangat ke?”. Saya pergi kat dia dan minta dia eja satu persatu dia tak dapat. Selepas kelas saya bertanya kepada rakan kelasnya yang lain. Rupanya di sekolah, dia diletakkan di kelas pemulihan iaitu untuk yang masih belum pandai membaca. Berat tugas saya ni. Pada masa sama saya kesian dan nak tolong sangat anak bangsa saya ni pandai membaca. So untuk kelas seterusnya saya letakkan pelajar baru ni pada waktu kelas lain so that saya boleh fokus kepada dia untuk ajar dia membaca. Target saya…dia pandai mengeja. Semoga Allah permudahkan.

Bila ajar anak murid tuisyen ni, seringkali teringat kat si kecil Balqis. Saya sentiasa doa agar Balqis diterangkan hati, dilancarkan lidah, akal fikiran untuk menerima segala ilmu Allah yang akan diterimanya nanti. Pada masa yang sama ummi dia kena rajin ajar dia baca buku.

Add Your Comment

CommentLuv badge