Anak demam

Author: | Posted in anak-anak, parenting No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh tak update blog ni. Just nak share pengalaman menjaga Balqis demam. FIrst time Balqis demam selama 8 bulan ni. Kena hujan rasanya sehari sebelum kejadian. Malamnya rasa badan panas. Cek suhu badan dia 38.57C. Agak tinggi. Dahla malam hingga pagi tu keseorangan sebab hubby ada program di Sura. Alhamdulillah dah menuntut ilmu how to handle baby fever, tips bayi demam sebelum ni. Jadi taklah panik atau kelam kabut. Jadi para ibu bapa menuntutlah ilmu tidak kira masa. Supaya mudah untuk menghadapi kejadian yang tidak disangka-sangka.


macam nilah gaya ummi Balqis cek suhu (gambar ehsan google)


Malam tu memang duk lap dan tuam kepala dia dengan kain lembap. Buka baju dia. Lap dengan air asam jawa. Setiap 2 jam saya akan cek suhu dia dengan termometer. Parents wajib ada termometer! Pastikan pengudaraan bilik anda baik. Alhamdulillah pagi tu suhu reda sikit. Tapi still bawa pergi klinik. Doktor kasi ubat demam syrup tu. Siang dah elok dah. Start malam esoknya panas balik. Rutinnya sama. Malam ni pun hubby takde..huhu. Menjadi ummi yang tegar.. Demam hari kedua ni sampai ke siang panasnya. Memang mandikan dia beberapa kali untuk redakan panasnya.Alhamdulillah malamnya dah baik demam.

Fuhh.. ni baru demam. Banyak lagi yang ummi perlu bersedia hadapi.Yang penting ilmu untuk mendidik anak-anak dunia akhirat.


Di bawah ada gambar Balqis untu tatapan aunty,uncle sekalian =). Gambar diambil malam tadi sebelum ikut ummi pergi meeting. Credit to Uncle Hakim As Syah Alami tolong beli baju muslimah kid ni di Jakarta. =)

comel tak gigi saya dua batang??

Balqis ada blog jugak..

Balqis dah 8 bulan. Dah boleh duduk with support. Dah pandai ambil barang dengan kaki. Dah pandai ajuk orang jerit. Suka makan macam-macam. Suka baca buku.

Add Your Comment

CommentLuv badge