Teething time

Author: | Posted in anak-anak, parenting 3 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah seminggu ni rasa relax sket sebab bercuti di kampung. Lama tak balik kampung. Balqis pun seronok la ramai orang nak layan dia kat kampung.

Yang paling mengujakan saya ialah gigi Balqis dah tumbuh. Yeay =) . Seronok tengok. Comel je 2 gigi bawah 2 atas. Mula-mula tak perasan…tapi sebab tengok dia selalu main-main lidah dia kat gusi depan tu. Masa tu memang dah agak gigi dia nak tumbuh. Asyik nak menggigit semua barang je. Alhamdulillah Balqis tak demam tumbuh gigi. Umi takut sebenarnya sebab tak pernah experience jaga Balqis demam Balqis tak pernah demam lagi sejak lahir.

sikit lagi..gigih betul nak ambil fishhy dia

Makanan dia pun dah pelbagaikan. Seronok dapat buat sendiri makanan kat Balqis. Say NO to instant food..say NO to nestum. Hehe. Air tangan umi lagi berkat, halal, sihat seperti susu ibu juga.

Ada beberapa perkara baru yang saya perasan mula muncul masa dia 7 bulan ni. Pantang orang ambil toy atau barang yang dia pegang. Dia akan menjerit dan menangis. Amboi-amboi..dah pandai anak umi ni.

Bak kata Babycenter, untuk umur 7 bulan ni:
If your baby has a favourite plaything or two, you may start to realise that the expression “as easy as taking sweets from a baby” no longer applies. While it used to be easy to remove things from her grasp, you may now find her protesting loudly when you take toys and other things away.

Kat bawah ni ada rujukan carta pertumbuhan gigi bayi:



mode seronok balik kampung. jumpa lagi =)

Comments
  1. Posted by ammira azmi
  2. Posted by Ismi Huda
  3. Posted by Ismi Huda

Add Your Comment

CommentLuv badge