Balqis vegetarian?

Author: | Posted in anak-anak, resepi 3 Comments


Assalamualaikum

Posting kali ni nak share resepi solid food untuk Balqis. Kalau ikutkan diri,memang tiap-tiap hari nak buat posting baru sebab banyak benda nak cerita tetapi keadaan tidak mengizinkan. Hari ni Balqis jadi vegetarian, makan sayur dan buah je sebab umi tak sempat pergi pasar lagi nak beli ikan atau ayam…huhu. Ada sayur je dalam peti sejuk tu. Ada carrot dengan kubis ungu. Alhamdulillah Balqis masih belum pandai memilih makanan. Jadi resepi untuk Balqis hari ni ialah Puri lobak,kubis ungu dan kurma.. =)

Resepi Puri Lobak, Kubis Ungu dan Kurma

Bahan-bahan:
1/2 Lobak
3 kelopak kubis ungu
2 biji kurma

Cara-cara :
1) Lobak dan kubis dipotong dadu/halus terlebih dahulu.
2) Rebus/ stim kan kesemua bahan di atas sehingga lembut.
3) Blendkan semua bahan.
4) Boleh campur dengan bubur nasi atau oat.

Siap…

Puree untuk Balqis
(Balqis sudah 8 bulan jadi tekstur puree saya buat tidak terlalu halus)

Development Balqis dah berumur 8 bulan++ ni alhamdulillah umi dah tak risau nak letak dia duduk. She can sit without support. She love to explore her toys. Kalau dengar lagu ABC dan alif ba ta dia tu dah pandai angguk-angguk kepala ikut rentak bunyi tu. Sangat comel. Semoga Balqis terus membesar dengan sihat, pintar dan solehah.

Balqis 8 month 3 week
Comments
  1. Posted by Al-Farashah
  2. Posted by Ismi Huda
  3. Posted by Nurullainy

Add Your Comment

CommentLuv badge