Muqaddam Bergambar Khas Buat Si Manja

Author: | Posted in parenting No comments


Umum tahu bahawa kanak-kanak mudah tertarik kepada objek yang berwarna terang, kartun comel dan warna-warni. Ia menggambarkan sifat ceria kanak-kanak yang tak perlu risaukan apa- apa ;)
Justeru, alhamdulillah, Pustaka Darul Iman mengambil kira tentang hal ini, dan mula menghasilkan Muqaddam Bergambar.
Muqaddam Bergambar ni tiada pelajaran alif ba ta. Ia sama sekali tidak menggantikan peranan iqra’. Untuk belajar alif ba ta, saya sangat syorkan teknik Al Baghdadi- memang sangat best lah!
Muqaddam Bergambar ni mengandungi 30 surah juzuk amma. Dari surah An- Naba’ hingga surah An- Nas. Dan ada juga surah Al-Fatihah. Muqaddam ni penuh warna, gambar kartun pun comel-comel.
Habis tu, apa significant buat Muqaddam kalau tak da alif ba ta?
(Baby Muhammad suka ‘ngaji’ kalau bagi versi berwarna- warni ;) Khusyuk membelek. Huhu)
Muqaddam Bergambar ni berfungsi sebagai motivasi anak untuk speed up belajar Iqra’. Kalau anak anda macam bosan asyik kena mengadap iqra’ setiap kali maghrib, cuba satu hari sua kan Muqaddam Bergambar kat dia.
Insya-Allah anak pasti suka :D
Dan bila anak suka, cuba jadikan Muqaddam Bergambar ni sebagai motivasi anak belajar iqra’. Kira macam reward lah. “Kalau Amin dapat habiskan Iqra’ 1 bulan ni, Ummi akan ajar dan bacakan surah Al -Ikhlas dalam Muqaddam ni.” Insya-Allah anak pasti teruja nak habiskan iqra’. Mesti hari2 dok usha surah Al -Ikhlas yang penuh warna




Nanti pulak, kalau Ummi nak ajar baca surah Al-Ikhlas,ajar lah word by word. Sekadar bacakan buat anak sebagai hadiah dapat habis Iqra’ 1. Atau jadikan kartun kat mukasurat tu sebagai karakter yang kelakar. Buat suara itik ke untuk menambah minat anak :P
Jadikan mengaji suatu aktiviti yang menyeronokkan agar anak suka dan cinta pada kalam Allah sejak kecil.
Berminat untuk dapatkan satu? SMS atau Call saya di 0134906806, atau PM Nor Huda Mazan di Facebook ;)
P/S: Setiap belian Muqaddam Bergambar akan disertakan dengan PERCUMA Audio CD Bacaan Juz Amma – boleh pasang dalam kereta sambil on the way hantar anak ke rumah pengasuh atau taska atau tadika :)

sumber : http://diaryofmuhammad.com/

Add Your Comment

CommentLuv badge