Cara ajar anak solat

Abdullah bin Amru b Ash bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahkan anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka telah berumur 7 tahun dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikannya) ketika mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah juga tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).”

Teringat macam mana cara ma dan abah saya didik saya adik beradik solat. Masa baby saya tak ingat la kan. Seingat saya bermula sekolah rendah, waktu solat kami sekeluarga berjemaah bersama ialah waktu Maghrib dan Isya’…kalau abah tak pergi solat di surau. Waktu lain anak-anak sekolah kan. Lepas solat, Abah ajar mengaji muqaadam/Quran ikut turn sorang-sorang. Thanks to ma,abah kerana mendidik dan memberi contoh yang baik kepada anak-anakmu ini.

anak solehah ummi


Pendapat saya, dalam kita nak mengajar apa sekalipun kepada anak-anak just remember “actions speak louder than words”. Anak-anak sangat mudah meniru perbuatan orang-orang yang terdekat dengan mereka.

Alhamdulillah untuk Balqis, saya dan suami akan sentiasa ajak dia solat bersama sejak lahir lagi. Masa berpantang saya tak boleh solat, suami akan letak balqis di sebelah supaya dia tengok kita solat. Jadinya, semasa anak berumur 0-2 tahun, kami akan letak dia di tepi dan solat berjemaah bersama. Biarlah dia nangis sekejap sometimes.Biasalah budak-budak nak berdukung, nak lekat dengan ummi je. Latih dia dari kecil “solat itu penting dan perlu diutamakan”.

Saya perasan ketika umur Balqis 1 tahun 6 bulan bila dia dah pandai berdiri dan berjalan, sedikit sebanyak dia dah pandai meniru aksi-aksi kita solat seperti angkat takbir,rukuk dan sujud.

Untuk sekarang, bagi menggalakkan lagi Balqis suka dan happy untuk solat, kami belikannya satu set telekung dan sejadah yang comel dari SmartFamilyCollection . So setiap kali nak solat, saya bentangkan sejadah comelnya tu di sebelah dan dia sendiri yang minta dipakaikan telekung. Kalau bukan time solat pun kadang-kadang dia akan minta “sjada..sjada” atau “tudung..tudung” pastu dia solat la sendiri. Bila dia pakai tu kita puji la cantik, pandai dan sebagainya.

Lagi satu,, saya suka ajar dia dari gambar dan buku. Buku-buku yang ada gambar orang solat, pakai telekung, solat jemaah. Buku favourite saya untuk ajar Balqis ialah softbook ni (It’s prayer time):


Sambil tunjuk gambar dalam buku ni, saya ceritakan pada dia berkenaan solat. Simple-simple je dulu untuk umur mereka sekarang. Contoh “Allah sayang orang yang solat” , “Ummi, abi, balqis solat sama-sama” sambil tunjuk gambar satu family solat berjemaah bersama dalam buku ni.

Panjang pula sharing kali ni. Semoga bermanfaat kepada semua =)

Add Your Comment

CommentLuv badge