Nak bersalin di mana?

Author: | Posted in my life, pregnant 12 Comments


Assalamualaikum wbt

Menggagahkan diri untuk update blog kesayangan ni. Fuhh.. Kalau ikut banyak perkara nak share tapi kita ambil yang latest la ye.

Alhamdulillah baru balik dari check up mengandung. Sudah 28 minggu. Kejap je masa berlalu. balqis nak jadi kakak dah =)

 

Bangunan baru Hospital Pakar PRKMUIP

Sebelum ni saya check up di KMC, Kuantan seperti time Balqis. Saya tak tahu kewujudan Hospital Pakar PRKMUIP @ Klinik Al Farabi sebelum ni sehinggalah kes emergency saya bleeding malam-malam dan mencari hospital pakar di Kuantan kerana KMC tidak ada doktor pakar pada waktu malam.

Selepas survey dan berbincang dengan husband, kami ambil keputusan untuk monthly check up dan insyaallah bersalin di sini. Antara sebab-sebabnya kami memilih hospital ini berbanding hospital lain di Kuantan ni :

1) Mengamalkan etika kerja Islam. Kalau gyane perempuan, mereka ada 6 orang. Pekerja semua Muslim. Kita kena pilih gynae perempuan lah kan seboleh-bolehnya melainkan darurat. Kalau masa bersalin, mereka akan mengalunkan ayat-ayat Quran, akan sediakan bahan-bahan untuk tahnik baby, air zam zam, kalau baby perempuan mereka bersedia untuk sunatkan terus. Ni mengikut pengalaman ibu-ibu yang pernah bersalin di sana.

2) Doktor pakar available pada waktu malam.

3) Facilities seperti wad yang sangat selesa sebab mereka baru berpindah ke bangunan baru di Jalan Gambut. Husband & Balqis bolehla bentang Toto kat bawah tidur sekali =)

antara bilik yang disediakan di sini

 

4) Breastfeeding friendly. Tidak seperti hospital masa saya bersalinkan Balqis.

Walau apa pun, ini merupakan perancangan kami sahaja dan Allah itu sehebat-hebat Perancang. Bersalin di mana pun asalkan proses bersalin saya dipermudahkan dan semua selamat insyaallah. Doakan saya ye.

Setakat ni dulu update kali ni.
Ehsan gambar dari Facebook PRKMUIP

Klinik untuk check up mengandung. di bawah Hospital PRKMUIP. Bangunan yang sama

 

p/s : Jika nak cari hospital ni di GPS masing-masing, jangan search Pusat Rawatan Keluarga MUIP. Sebab ia akan membawa anda ke bangunan lama. Search S K Teruntum , Jalan Gambut. Hospital ini bersebelahan sahaja dengan sekolah Teruntum ni.


Comments
  1. Posted by Dieyna
  2. Posted by Ismi Huda
  3. Posted by ..::Mama Chrysalis::..
  4. Posted by Ismi Huda
  5. Posted by yanAzhad
  6. Posted by Huda Mazan
  7. Posted by Anonymous
  8. Posted by yanAzhad
  9. Posted by Anonymous
  10. Posted by Anonymous
  11. Posted by Huda Mazan
  12. Posted by Anonymous

Add Your Comment

CommentLuv badge