Pengalaman bersalin anak kedua (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah berjaya juga buat posting baru selepas sebulan berpantang. Tempoh mengandung, bersalin dan berpantang kali ni banyak pengalaman baru, belajar perkara baru, muhasabah diri. Alhamdulillah. Allahuakbar. Kita takkan pernah berhenti belajar sampai akhir nyawa kita.

Dari tempoh mengandung saya tidak mengalami sebarang alahan alhamdulillah. Cuma masa 32 week saya bleeding sikit. Nothing serious. Week 36, saya buat Group B streptococcus (GBS) test dan resultnya saya positive kena GBS infection. Saya sangat recommend para ibu untuk buat test ni. Masa kehamilan pertama memang tak tahu langsung berkenaan GBS ni even check up di swasta juga. Pregnant kedua ni kebetulan check up di Hospital Pantai Batu Pahat dan gynae saya Dr.Lau buat test ni. Thank you Dr.Lau. Bakteria ni normal je dan most women ada cuma jadi bahaya bila kita pregnant sebab ibu akan pass GBS to her baby during delivery.

Alhamdulillah tahu awal dan diberi antibiotic yang sepatutnya to ‘kill’ the bacteria. Ada juga buat natural treatment using garlic. Huu..kelakar je yang part garlic ni. Kemungkinan baby yang dijangkiti GBS ni masa delivery ada jika ibu tak treat dari awal. Baby akan ada simptom berbahaya seperti kidney failure; health problem, pneumonia, meningitis dan ada lagi saya tak ingat. Walaupun % baby dijangkiti adalah 1 out of every 200 babies, tapi saya tak nak ambil risiko. Walaupun saya tahu penggunaan antibiotik during deliver akan membunuh both good and bad bacteria tapi seperti yang saya nyatakan, saya tak berani ambil risiko.

EDD saya 2/7/2012 tapi pengalaman bersalin pertama awal seminggu. So i expect the same for this pregnancy. 2 minggu sebelum tarikh EDD ada darah keluar so ingat dah nak bersalin. Tapi tiada rasa sakit apa-apa. Untuk kepastian saya pergi je hospital untuk cek. Bukaan baru 2 cm dan Dr.Lau minta saya balik dulu.

to be continued…

Comments
  1. Posted by Faizah^Ramli
  2. Posted by Huda Mazan

Add Your Comment

CommentLuv badge