Resepi roti telur versi Vendetta

Author: | Posted in my life, resepi 2 Comments

Assalamualaikum

Lama dah tak share resepi. Amacam? Kelaaas tak nama resepi ni? Huhu. Ni nama saya yang beri sebab first time tengok bila tengok movie Vendetta dengan husband. Hubby pun request nak roti telur macam V buat. Tu yang sanggup google cara-cara nak buat. Baru tau nama resepi ni ‘Egg in a basket’. Resepi ni sangat sesuai untuk semua golongan. Anak-anak pun sangat sesuai sebab rupanya menarik dan lain dari biasa. 1`Balqis pun suka especially roti bulat kecil yang dipotong tu.

Ok.

Bahan-bahannya:
Roti putih Gardenia
Butter
Telur
Gelas
Lada sulah

Cara-caranya:
1) Tekapkan permukaan gelas yang bulat ke permukaan roti di bahagian tengah sehingga terpisah.
2) Sapukan butter ke keuda-dua belah permukaan roti.
3) Cairkan butter di frying pan.
4) Letakkan roti di frying pan. Api kecil ye
5) Letakkan butter di bahagian tengah roti yg dah berlubang tu, Kemudia masukkan telur. Tabur lada
    sulah.
6) Agak-agak telur dah masak, terbalikkan untuk 2 minit kemudian SIAP =)

ni gambar V masak’ Egg in a basket’ dalam movie Vendetta
Ni hasil masakan saya
Boleh juga refer video ni untuk cara masakan : 
Comments
  1. Posted by Dayana Bahar
  2. Posted by Huda Mazan

Add Your Comment

CommentLuv badge