Status HALAL Shaklee

Author: | Posted in Shaklee, Shaklee Halal 8 Comments

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya akan status Halal Shaklee membuatkan saya tulis entri ini. Alhamdulillah semakin ramai yang mementingkan status Halal makanan sekarang. Sangta penting ye untuk cek status Halal sesuatu produk kerana ianya akan jadi darah daging kita dan anak-anak kita.

Antara soalan lazim customer (FAQ):

1) Apa bukti Shaklee ni halal?
    Jawapan : Ini certificate nya

Sijil Halal Shaklee


2) ISA ni apa? Kenapa bukan JAKIM?
    Jawapan : Oleh sebab Shaklee ni buatan USA, Islamic Services   
   of America (ISA) yang iktiraf kehalalan produk-produk di USA. 
   Yelah, takkan JAKIM yang nak gi US tu nak cek. Untuk  
   lebih efektif, JAKIM telah lantik ISA ni untuk cek status Halal  
   produk yang nak dibawa ke Malaysia.

  Boleh cek di sini badan-badan di luar negara yang diiktiraf  
  JAKIM. ISA berada di no 55.

3) Kenapa tak letak logo Halal di botol Shaklee?
    Jawapan: Standard Halal Farmaseutikal tak sama dengan  
    Standard Makanan Halal. Makanan yes kena letak logo Halal.  
    Tapi untuk ubat-ubatan/supplemen requirement nya ada sijil  
    Halal. Cuba cek kat botol-botol ubat/supplemen ada ke logo  
    Halal? Kena cek dan minta bukti denga pengedar masing-
    masing.

     Akan datang kita mungkin akan jumpa logo halal di botol-botol 
     ubat sebab Malaysia pun baru nak implement prosedur sebegini.

    Refer sini.

4) Apa status softgel bovine Omega, Vitamin E, Lecithin?
    Jawapan : Jika masih ragu-ragu dengan sijil Halal Shaklee yang
    tertera nama Vitamin-vitamin ini, jom baca apa feedback dari  
    ISA bila salah seorang dari customer kami bertanya akan hal ini.

Akhir kata dari saya, carilah yang Halal dan gunakan tanpa was-was =)


Comments
  1. Posted by Anonymous
  2. Posted by Zee Suhaini
  3. Posted by Anonymous
  4. Posted by Anonymous
  5. Posted by Huda Mazan
  6. Posted by Edith_TiTtiT
  7. Posted by Edith_TiTtiT
  8. Posted by Anonymous

Add Your Comment

CommentLuv badge