Top 5 Mitos Penyusuan Susu Ibu

Author: | Posted in breastfeeding No comments
Kesedaran akan kepentingan penyususan susu ibu semakin tinggi pada waktu ini. Di mana-mana ada terdapatnya support group untuk kaum ibu ini sama ada di luar atau di alam maya. Saya yakin, kita banyak menerima tips-tips dan nasihat dari orang-orang sekeliling kita. Malangnya tak ramai antara kita yang mencari info sama ada betul atau tidak maklumat yang diberi atau sekadar hanya mitos.
Jadi saya nak share beberapa mitos berkenaan penyusuan:
MITOS 1 : Susu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran
FAKTA   : Kebiasaan untuk hari-hari awal kelahiran terutama untuk first time mom, bayi akan menghadapi masalah ‘latching’. Pengeluaran kolostrum pada hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi. Dapatkan bantuan nurse yang bertugas untuk membantu bayi anda menyusu dengan betul. Rujuk sini
MITOS 2 : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelum penyusuan
FAKTA   : Tidak perlu. Ini akan menyebabkan kesakitan semasa penyusuan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semulajadi yang melindungi puting susu ibu (nipple).
MITOS 3 : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.
FAKTA   : Minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita. Air yang tidak mencukupi menyebabkan badan dehidrasi dan menganggu tahap pengeluaran susu. TETAPI jika anda telah minum mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu anda. Amalkan minum segelas air selepas penyusuan.
MITOS 4: Jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan
FAKTA : Pengeluaran susu menggunakan breastpump tidak seefktif apa yang payudara dapat lakukan melalui proses penyusuan secara terus(direct feeding). Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu merasakan susu yang dipam tidak cukup, tetapi bayi membesar, buang air kecil dan besar dengan normal usah risau. ” Your body knows how much milk your baby needs.”
MITOS 5: Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.
FAKTA:  Tidak benar. Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak. Consult doktor jika mempunyai masalah keseihatan.

 

Add Your Comment

CommentLuv badge