Aktiviti anak-anak di bulan puasa

Author: | Posted in anak-anak, homeschooling, myself 3 Comments

Assalamualaikum wbt.
Lama dah tak share aktiviti anak-anak di rumah. Hari ni ummi diberi kesempatan buat special aktiviti dengan Balqis dan Aisyah. Aktiviti memasak Pancake Kismis.
Ok resepinya di sini.

Pancake Kismis:
Bahan-bahan:
Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Puri kismis (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)
Cara-caranya:
Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan kismis.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp
Balqis tolong kacau telur dan tepung je tadi. Keadaan dapur yang sangat comot malu nak ambil gambar =)
Bila dah siap, ajar Balqis tekapkan dengan acuan-acuan comel kuih dia ( acuan ni saya rendam sekejap dengan Basic H lepas tu rendam sekali lagi dengan air mendidih sebab before ni dia guna untuk main dengan playdough dia). Gambar Aisyah tak tersnap pulak. Aisyah tolong makan je. 

abaikan rupa pancake yang x comel

 
 

 siap tekap terus masuk dalam mulut
 

Insyaallah semoga anak-anak suka main sambil belajar something. =)

Comments
  1. Posted by Rosmiza Ali
  2. Posted by Huda Mazan
  3. Posted by Denaihati

Add Your Comment

CommentLuv badge