Fakta Ovarian Cyst Yang Perlu Tahu

Author: | Posted in Fakta Ovarian Cyst 2 Comments
Bila dengar penyakit Cyst je memang agak menggerunkan sebenarnya lebih-lebih kita wanita. Sebabnya secara sedar tak sedar Cyst ni dah ada dalam ovari kita.  Saya nak share fakta mengenai ovarian cyst yang perlu kita tahu sebenarnya:

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
2. Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah  bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
3. Umur,kesuburan,haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
4.     Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
5.     Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
6.     Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau 
Corpus Luteal Cyst.
7.     Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
8.     Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
9.     Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
  10. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.
11.   Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
12.   Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
13.   Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula  adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun



 Sumber : Portal AlamHamil


Ni perbandingan antara normal ovari dan ovari yang ada cyst

Cara yang terbaik untuk kita mengesan penyakit ni ialah dengan mengetahui simptom-simptomnya iaitu:

* Pelvic pain (bahagian bawah pusat)
* Sakit sebelum datang haid
*Sakit semasa hubungan seks
*Rasa perut penuh
* Loya, muntah
* Kerap buang air kecil

Sumber : Mayoclinic

Jadi kalau ada simptom seperti di atas jangan lengah-lengah untuk buat pemeriksaan.Saya rasa yang paling penting ialah prevention. Amalkan pemakanan yang sihat, ambil supplemen, exercise selalu, jalankan pemeriksaan kesihatan berkala.


  • Muntah dan Loya
  • Sakit Perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • – See more at: http://www.mamaworld-collections.com/2013/02/gla-shaklee-kecutkan-cyst.html#sthash.dqJjgxG7.dpuf

  • Muntah dan Loya
  • Sakit Perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • – See more at: http://www.mamaworld-collections.com/2013/02/gla-shaklee-kecutkan-cyst.html#sthash.dqJjgxG7.dpuf

  • Muntah dan Loya
  • Sakit Perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • – See more at: http://www.mamaworld-collections.com/2013/02/gla-shaklee-kecutkan-cyst.html#sthash.dqJjgxG7.dpuf


    Comments
    1. Posted by Dayana Bahar
    2. Posted by Dayana Bahar

    Add Your Comment

    CommentLuv badge