Tempat Berkelah Wajib Pergi Di Kerteh

Author: | Posted in holiday, parenting, Travelog 2 Comments

Air Terjun Menderu, Kerteh. Inilah tempat WAJIB pergi jika anda tinggal di sini. Sebagai orang luar (bukan anak tempatan Terengganu) sememangnya mencari tempat-tempat berkelah bersama keluarga dan anak-anak yang berdekatan dengan Paka ni. Nak ke Sekayu & Chemerong jauh pulak. Nak ajak mandi pantai, bahaya. So lepas ni boleh la bawa family ke sini lepas ni. Takdelah asyik bawa pergi Pasar Payang je. Hehe.

Sebenarnya ni plan suami dan rakan-rakan. Ajak jiran sebelah Iman & irfan, Aina & Sailani. Kami isteri pakat masak sahaja. Perjalanan konvoi bermula 10 pagi hari Sabtu lepas. Alhamdulillah cuaca cerah. Dari Paka straight je sampai ke simpang Kg Chabang Kerteh kemudian straight ikut signboard. Tak susah. Jalan pun ok tak teruk.

 

air terjun kerteh

  Jalan masuk ke air terjun

air terjun kerteh 5

Cari port berkelah yang sesuai

 

air terjun kerteh 2   tempat berkelah kerteh 2

tempat berkelah kerteh 3

tempat berkelah kerteh 4

air terjun kerteh 3

air terjun kerteh 4

tempat berkelah kerteh

Nak memancing pun boleh

 

Overall, saya sangat puas hati datang ke sini. Kelengkapan cukup. Surau, tandas bersih, tempat berteduh, parking, tempat nak buat barbeque pun ada. Tong sampah disediakan. Kami pergi air terjun bahagian bawah je sebab cetek dan sesuai untuk anak-anak. Wajib pergi ok bawa anak-anak berkelah di sini.

Comments
  1. Posted by Pojie
    • Posted by firnass

Add Your Comment

CommentLuv badge