Cara Buat Homemade Giant Bubble

Author: | Posted in anak-anak, homeschooling, parenting 2 Comments

resepi giant bubble 2

Selamat berhujung minggu semua. Giant Bubble ialah aktiviti MESTI yang anda perlu buat bersama anak-anak. Kenapa saya kata mesti? Sebab sangat mudah & fun dan hanya gunakan bahan-bahan yang ada di rumah anda. Ini bahan-bahannya:

1.5liter air

4 sudu tepung ubi

Setengah cawan pencuci pinggan

Tali, batang untuk buat stick (kami guna hanger je)

giant bubble malaysiaIni rupa stick saya. Guna mini hanger dan tali. Tali ni saya gunting tepi kain lampin yang dah tak guna.

Cara-cara:

Masukkan tepung dikacau-kacau perlahan ke dalam air. Kemudian masukkan sabun pencuci pinggan. Kemudian main di tempat lapang dan berangin.

 

giant bubble homemade

Note Penting : Jangan guna sabun dishwash Shaklee ye. Sebab sabun pencuci pinggan Shaklee tu tak banyak buih walaupun kuasa cuciannya sangat hebat. Kalau nak basuh pinggan letak setitik dua dalam air dan basuh. Tapi untuk aktiviti ni tak sesuai sebab tak banyak buih. Percubaan pertama kami gagal sebab guna dishwash Shaklee. Sanggup beli dishwash lain untuk buat giant bubble ni. Yang dalam gambar ni berjaya sebab kami tukar guna Sunlight.

Anak-anak sangat suka main. Dengan mak ayah sekali suka main. Semoga posting saya dapat membantu anda untuk membuat aktiviti bersama anak-anak. Smeoga lebih banyak masa berkualiti kita diluangkan dengan anak-anak.

 

 

cara buat giant bubble

cara buat giant bubble 2

 

Comments
  1. Posted by mohd shamsul
    • Posted by firnass

Add Your Comment

CommentLuv badge