Bercuti ke Legoland Malaysia

Author: | Posted in Travelog, Uncategorized 2 Comments

Legoland tak termasuk dalam wishlist  tempat nak pergi sebenarnya sebab tiketnya mahal tapi disebabkan dapat free penginapan dan tiket masuk, usahlah kita  menolak rezeki ye kawan-kawan. Terima kasih kepada Petronas GAS (GPU) kerana sponsor keluarga staff ke Legoland untuk Family Day tahun ini.

Kami diberi penginapan 3   hari 2 malam di KSL Hotel, JB. Dalam 30 minit ke Legoland. Bagi yang tidak mahu menginap di  Legoland hotel sebab mahal, boleh menginap di hotel ini. Suka hotel ni sebab 1 bangunan dengan KSL Mall. Senang nak beli makanan atau barang-barang lain.

Ok  saya   nak share review berkenaan Legoland Malaysia. Saya suka tulis review sebab saya suka baca review pengunjung sebelum ke sesuatu tempat. Yelah dengan anak-anak ni macam-macam kena prepare.

tips legoland_2

Akhirnya kami sampai di sini

Review dan Tips Legoland Malaysia

  1. Kami pergi pada hari Sabtu dan bukan pada waktu cuti sekolah jadi crowd ok je. Tak ramai sangat. Tak lama menunggu untuk bermain di satu  checkpoint
  2. Ada  bahagian waterpark & theme park. Kami pergi bahagian theme park sahaja. Sebab untuk masuk ke waterpark kena caj tiket berlainan. Ada pakej combo tapi untuk Family  Day kami pakej theme park sahaja.
  3. Dapatkan peta di kaunter. Sebab sangat luas dan peta sangat penting sebab  nak pilih game yang bersesuaian dengan  umur dan ketinggian anak.
  4. Kalau anak-anak masih kecil umur 3 tahun dan ke bawah saya cadangkan pergi waterpark sebab takde limit umur dan tinggi di situ. Macam theme park, Balqis yang 5 tahun je lah yang banyak dapat main.

 

tips legoland_3

Yang ni semua boleh naik

5. Makanan dan air dalam Legoland sangat mahal. Air botol kecik Rm5. Bawalah air  sendiri ye. Kami bawa  roti dan biskut in case anak-anak lapar tapi air boleh tertinggal  dalam  kereta pulak.

6. Legoland tempat mesra stroller so bawak je. Anak-anak penat jalan letak dalam tu.

Kita diberi template lukisan. Kena susun Lego ikut susunan lukisan tu.

Kita diberi template lukisan. Kena susun Lego ikut susunan lukisan tu.

7. Surau disediakan besar dan selesa.

Kakak je dapat naik kuda ni. Aisyah tak cukup tinggi,

Kakak je dapat naik kuda ni. Aisyah tak cukup tinggi,

tips legoland_8

tips legoland_6

Suami je naik roller coaster ni. Saya tak berani.

Kmai masuk Legoland dalam pukul 10.30am dan balik pukul 3pm. Tah habis round pun tu.  Next time tunggu anak-anak dah besar sikit boleh pergi lagi (kalau ada orang sponsor..hehe) . Dan saya cadangkan begitu kepada pembaca yang nak pergi theme park. Tunggu anak besar sikit, 5 tahun dan ke atas.  Baru puas main. Harap review ini membantu.

Comments
  1. Posted by Izzah
    • Posted by firnass

Add Your Comment

CommentLuv badge