Playgroup Bersama Jiran dan Rakan

Author: | Posted in homeschooling, parenting No comments

Alhamdulillah sudah masuk bulan kedua Playgroup Paka bersama jiran dan rakan berlangsung. Macam mana ianya bermula? Semua dari group Homeschooling Genius Syurga yang awesome tu. Jiranku seorang cikgu yang hebat tu K Yana ajak buat playgroup sesama kita. Jadi saya rasa apa salahnya menyumbang idea dan minat dengan kawan-kawan. K yana pun minat dan banyak idea. Semoga dapat pahala amal jariah di situ. Untuk pengetahuan, kami kutip yuran dalam Rm10-20 sebulan untuk membeli bahan-bahan aktiviti. Tempat pun kami gilir-gilir rumah masing-masing sekali seminggu. Sekarang ada 10 mommies yang gojes join playgroup ni.

Dulu saya pernah hantar Balqis ke Alimkids Playgroup di Kerteh masa dia 4 tahun. Bagus sangat Alimkids Kerteh dengan Teacher Ija. Saya hantar dia playgroup sebab saya tengok dia masih tak sedia lagi untuk ke tadika. Jadi dengan join playgroup dia dapat mingle around dengan kawan baru, have fun sambil belajar dan ada quality time dengan kita. Tapi disebabkan kekangan masa dengan anak bertambah menyukarkan saya ke Kerteh untuk join lagi.

Kenapa Playgroup Penting Bagi Saya?

  1. Macam reason awal saya masukkan Balqis ke Alimkids Playgroup ialah sebagai persediaan anak ke tadika dan sekolah. Sebab dalam playgroup, anak akan berjumpa, main dan berinteraksi dengan kawan baru. Sesetengah kanak-kanak memerlukan masa yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan alam tadika dan sekolah dan sebaiknya kita prepare kan awal dengan join playgroup.
  2. Saya percaya konsep ‘power of play’. Kanak-kanak banyak belajar melalui bermain. Dengan suasana seronok bermain ni memudahkan mereka menerima pengajaran yang nak disampaikan. Bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai kemahiran fizikal, bersosial, emosi, imaginasi, berkomunikasi, mendengar arahan dan macam-macam lagi.
  3. Masa berkualiti dengan anak-anak. Ini ialah salah satu cara saya meluangkan masa dengan anak-anak. Yelah surirumah macam banyak masa je dengan anak kan orang ingat.
  4.  ‘Me time’. Macam perjumpaan ibu-ibu sekali seminggu gitu. Jumpa dan kenal kawan baru sekitar Paka ni.

Ini saya share antara aktiviti-aktiviti yang telah dibuat. Idea diambil dari Pinterest dan en.Google =)

playgroup terengganu_2

Playgroup terengganu1) Ini aktiviti untuk 5-6 tahun. Belajar operasi tambah

playgroup paka terengganu_2

playgroup paka terengganu 2) Aktiviti 2-4 tahun. Mengenal warna

playgroup paka terengganu_6

playgroup paka terengganu_53) Treasure hunt sambil mendengar arahan dan kenalpasti berapa kuantiti barang yang teacher nak

playgroup paka terengganu_3

4) Playdough & hand painting. Bagus untuk kuatkan otot jemari dan pembinaan motor halus

Insyaallahnext session kami Rabu ni.Tak sabar nak jumpa semua dan beraktiviti. Selamat ber playgroup semua =)

Add Your Comment

CommentLuv badge