Tips Bercuti di Turki Bersama Anak Kecil

Author: | Posted in Travelog, Turki 4 Comments

TIPS TURKI ANAK KECIL_8

Post ini dibuat setelah ramai rakan-rakan yang bertanya panduan bercuti di Turki dengan anak kecil. Separuh dari rombongan kami terdiri dari anak-anak. Seperti gambar di atas. Havoc tak havoc, pening tak pening jom baca seterusnya.

Trip kawan-kawan ini telah berlangsung pada 16-25 September 2015. Masa ni baru nak masuk autumn. Pada awalnya memang agak risau macam manalah nak handle anak-anak ni nanti. Sebelum pergi memang banyak saya Google cari info berkenaan Turki dan tips-tips bercuti dengan anak-anak. Nak tinggal anak-anak kat Malaysia? No..no. Pendirian saya dan suami biarlah susah, senang, gembira, sedih kita bersama anak-anak. Biasalah anak-anak, duduk rumah pun kadang-kadang buat perangai juga. So enjoy =)

Tips sebelum ke Turki

  1. Buat research seperlu mungkin dari segala aspek. Makanan, cuaca, keadaan geografi, pengangkutan tempat yang kita nak pergi tu.
  2. Pilih nak buat style backpacking atau travel agent. Saya sangat recommend untuk yang bercuti dengan anak-anak kecil ikutlah travel agent. Yang dah diuruskan dari A to Z. Percayalah ianya sangat membantu. Perjalanan kami meliputi separuh dari Turki. Istanbul-Kusadasi-Pammuakle-Cappadocia-Bolu. Ada yang sehari 7 jam dalam bas. So bayangkanlah kalau pergi tanpa agent. Kalau dalam Istanbul sahaja pun saya cadangkan guna tourist guide. Mudah.
  3. Prepare baju yang secukupnya. Baju untuk dipakai siang terutamanya. Macam kami, malam memang anak-anak tak tukar baju, kadang-kadang tak mandi pun. Sebab siangnya travel, berjalan. Malam baru sampai Hotel memang penat tak ingat apa. Tidur je. Jadi bawalah baju untuk siang hari lebih sikit.
  4. Bawa toys, buku, snek untuk anak-anak. Dalam bas agak lama. Tapi budak-budak ni enjoy je dalam bas. Yelah jumpa kawan-kawan. Atas bas, turun bas main je lah.
  5. Bawa ubat-ubatan, krim pelembap untuk anak. Kami terlupa hari tu bawa krim Balqis. Dia kulit sensitif. Memang kering kulitnya dan eczema jadi teruk semula. Kat Turki kami beli minyak zaitun untuk buat pelembap kulit Balqis.

?

Umar tengah main pompom ball di surau Dubai Mall

Tips Semasa di Turki

  1. Jangan risau, orang Turki sangat suka kanak-kanak. Dari travel agent, driver bas, makcik cleaner, pekerja restoran, uncle kerja kat feri, model fashion, pekerja butik sangat suka kanak-kanak. Sebelum pergi saya ada baca juga yang orang Turki ni sangat welcoming anak-anak. Tapi macam tak sangka sebegitu sekali. Ada seorang pakcik kerja kat feri masa perjalanan kami di Bursa, dia nampak aisyah pakai tudung. Terus dia pergi ke Aisyah cakap ‘masyallah, subahnallah, beautiful’. Dia ambil tangan aisyah di cium tangan macam kita cium tangan mak ayah tu. Kalau kat Malaysia mesti aku dah fikir bukan-bukan. Huhu. Tapi sebab dah baca review awal pasal orang Turki ni jadi tak kaget sangat. Macam dah jadi artis anak-anak ni. Pergi mana-mana ada orang Turki mintak ambik gambar sekali.

TIPS TURKI ANAK KECIL_7

2.  Makanan untuk anak-anak ok saya rasa. Semua restoran yang kami pergi ada serve nasi. Breakfast cereal, omellete dan roti ada. Ikan dan kebab diorang sangat sedap.

3. Stroller sangat penting. Walaupun kami semua ber babywearing, tapi stroller sangat diperlukan. Sebab berjalan agak jauh. Sian anak-anak penat. Atau ada yang dah ngantuk. Letak je dalam stroller. Yang baby letak dalam SSC. Kebanyakan tempat yang kami pergi jalannya tidak rata dan berbatu-batu. Jadi better guna stroller yang agak bagus kualiti.

TIPS TURKI ANAK KECIL_3

Ni di Taksim road. Suami bergilir-gilir babywearing Umar

 

?

Ephesus Ancient City. Kakak dah ngantuk. Gilir-gilir dengan Aisyah letak dalam stroller.

4. Berjalan kaki di bandar Istanbul agak mencabar sebab jalannya sempit tapi driver Taxi amboii laju bukan main bawak. Pegang anak sentiasa.

5.  Keselamatan diutamakan. Ni penting sekali la. Ada tempat yang kami pergi tempatnya tinggi, berbukit. Memang anak tak lepas dari pegangan.

 

Overall, Turki best. Sesuai je untuk kanak-kanak. Better pergi rombongan dengan kawan-kawan yang ada anak kecil juga supaya anak-anak ni ada kawan. Bila ada kawan, main jelah kerjanya. Takdelah meragam, buat perangai sangat. Pastikan anak-anak ni kenyang, rehat tidur secukupnya. Insyaallah perjalanan smooth je. Harap tips membantu. Happy holiday & selamat mengambil ibrah di bumi Turki penuh sejarah.

TIPS TURKI ANAK KECIL_5

Comments
  1. Posted by Khadeejah Hasmad
    • Posted by firnass
  2. Posted by Ana
  3. Posted by hanifi

Add Your Comment

CommentLuv badge