Water Theme Park Di Kuantan

Saya suka simpan gambar-gambar bila berpeluang menginap di hotel dengan niat nak buat review lepas tu. Tapi busy sangat. Gambar jadi simpanan je akhirnya. Yang kali ni nekad nak buat review jugak. Alhamdulillah berpeluang menginap ikut suami kursus di Swiss Garden Resort Residence, Kuantan baru ni. Spesifiknya terletak di Beserah, Kuantan. Bukan di tengah bandar Kuantan ye. Baru dibuka tak silap setahun dua.

Review ni saya nak fokus pada mini water theme park nya sahaja. Part lain lebih kurang macam hotel lain cuma saya rasa servisnya boleh beri 3 bintang sahaja. Untuk pengetahuan, resort ni ada sediakan in house mini water theme park. Mini tapi pada saya dah cukup besar dan luas. Anak-anak sangat suka. Puas sungguh nak pujuk masuk bilik. Saya rasa visitor yang menginap di sini sahaja yang dibenarkan masuk dan percuma. Kalau ada yang mencari penginapan di sekitar Balok, Cherating, Kuantan bolehla menginap di sini. 2 in 1. Bilik dapat, water theme park pun dapat.

theme park kuantan 10

Pandangan dari atas. Ada 3 bahagian. 1 yang atas tu untuk kedalaman kanak-kanak 1 tahun boleh. 2 yang bawah tu untuk orang dewasa. Gambar ihsan Google.

Kita layan gambar je la ye. Biar gambar berbicara..

theme park kuantan

Yang ni untuk kedalaman anak 1 tahun macam anak saya Umar setahun 7bulan. Paras lutut. Yang gelongsor air tu Balqis 5 tahun duk ulang naik situ je. Seronok dia kata =)

 

theme park kuantan 5

Part ni pun anak-anak suka. Tunggu bila tong air emas besar tu penuh dan simbah diorang. Pakat tunggu bawah tu

 

theme park kuantan 6

Tadaaa… Umar je takut yang ni. Terus lari ke ummi suruh dukung

 

theme park kuantan 3

Ada mini playground sebelah theme park tu. Lepas mandi main sini pulak. Tak reti penat budak-budak ni ye

 

Gambar anak-anak mandi kat water theme park tiada sebab maknya pun sibuk mandi jugak. Overall saya rasa puas hati dengan water theme park ni. Saya lebih suka yang mini macam ni dari water theme park besar tu. Penat jalan dan tak habis round pun nanti. Kat sini kita fokus mandi dan main 1 tempat je yang sesuai dengan kedalaman anak-anak. Lebih mudah kawal anak. Anak-anak happy, mak ayah pun takde kepenatan sangat. Sama-sama enjoy.

Ok, harap review ni membantu dalam nak mencari water theme park yg mesra anak-anak dan mesra mak buyung yang tak larat nak bawa perut =). Belanja 1 lagi gambar kat bawah ni.

theme park kuantan 8

Basketball court. Macam hotel lain, selain water theme park ada juga disediakan gym, basketball court.

Add Your Comment

CommentLuv badge