DIY Aktiviti Anak-Anak Semasa Menginap Di Hotel

Kebiasaannya apabila kita travel dengan anak-anak, walau macam manapun kemudahan dan kelengkapan yang ada di hotel tempat kita menginap akan ada masa kita habiskan masa di bilik. Sama ada tunggu anak atau pasangan berehat sebentar, tidur, mandi atau sebagainya. Atau macam isteri yang berpeluang mengikut suami outstation, semestinya waktu siang akan berada di bilik sahaja kan. Kalau anak sorang dua, masih boleh nak angkut pergi shopping mall ke, ini dah berempat tak larat mak.

Jadi semestinya kita ingin mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka tidak kebosanan di bilik. Adat travel, kita akan minimize barang-barang yang dibawa. Jadi setelah mencari idea di Pinterest saya come up dengan aktiviti-aktiviti ini yang mana bahan-bahannya ringan dan tidak bulky.

    1.  Teng-teng
? ?

Bahan-bahan yang digunakan: Paper tape (paper tape yang gamnya tidak berapa kuat, jadi bila cabut tidak meninggalkan kesan di karpet)

   2. Paper Plate Balloon Tennis

?

Bahan-bahan yang digunakan: paper plate, pembaris panjang, belon dan seletip

Cara  permainannya seperti kita main tennis atau badminton. Dengan anak-anak saya guna teknik siapa yang paling lama dapat lambung belon tak cecah lantai dia menang.
?

  3.  Mewarna dan buku aktiviti

Bahan-bahan yang digunakan : Pelbagai buku mewarna dan aktiviti di Kedai ECO RM2. Sangat berbaloi untuk membeli buku aktiviti,  alat tulis anak-anak  di kedai ini.

Selain dari aktiviti yang saya kongsikan di atas, ibu bapa boleh pelbagaikan aktiviti ikut kreativiti masing-masing menggunakan bahan yang sedia ada. Dengan menggunakan paper tape, belon, paper plate sebenarnya  banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti gambar-gambar  berikut. Gambar ehsan dari Google.

diy-aktiviti-kanak-kanak10

Tic-Tac-Toe

diy-aktiviti-kanak-kanak9

Trek Jalan Raya

aktiviti-kanak-kanak

Semoga dengan sedikit perkongsian daripada saya dapat memberi idea buat ibu bapa di luar sana yang sedang mencari aktiviti di dalam bilik hotel yang tidak menggunakan bahan-bahan yang  banyak.   Aktiviti ini pun  sesuai untuk akiviti indoor di rumah terutama ketika musim hujan =)

Add Your Comment

CommentLuv badge