Tempat Harus Pergi Di Batu Pahat

Author: | Posted in anak-anak, holiday, parenting, Travelog No comments

Banyak tempat menarik di batu Pahat sebenarnya. Sebagai anak jati Batu Pahat, banyak lagi tempat saya tak explore. Balik kampung yang lepas berkesempatan pergi ke Fazz Urban Farm di Parit Yaani. Ladang ternakan kambing Muslim. Walaupun kat Paka ni kambing boleh jumpa di tepi jalan or even kat halaman rumah ni. Habis pokok pisang I diorang makan tau. Tapi saja bawak anak-anak pergi melawat ladang ternakan kambing ni sebab macam-macam aktiviti boleh dibuat.

fazz-urban-farm-batu-pahat

Gambar ehsan FB Fazz Urban farm

Tempat ni rasa popular di kalangan Singaporean sebab ownernya berasal dari Singapore. Sangat kagum dengan owner sebab sangat determine untuk berhenti kerja di Singapore dan buka ladang di batu Pahat ni. Study dan research dan ambil kursus untuk lebih memahami dan mendalami bidang ternakan kambing ni.

?

Encik owner sedang memberi taklimat sebelum bermula aktiviti

Selain aktiviti bagi kambing makan dan minum, aktiviti lain boleh dibuat seperti Longkang Fishing, prawning, painting. Tetapi masa kami datang ni owner dan team sedang sibuk untuk uruskan kambing korban keesokan harinya jadi kami buat aktiviti Longkang Fishing sahaja.

 

?

Haii si kambing comel

 

tempat_menarik_batu_pahat-8

Longkang Fishing

 

tempat_menarik_batu_pahat-9

 

Overall, tempat ni saya suggest anad pergi kalau berkunjung ke Batu Pahat. Anak-anak sure seronok beraktiviti dengan kambing =). Cuma part Longkang Fishing tu pihak pengurusan saya cadangkan kena bersihkan sikit longkang dan ganti air sebab air agak keruh tak berapa nampak ikan. Apa-apa pun anak-anak happy, mak ayah pun lagi happy.

Boleh refer website fazz urban Farm :http://www.fazzurbanfarm.com/

Add Your Comment

CommentLuv badge