10 Tips Berpuasa Sambil Menyusu

Insyaallah Ramadhan akan datang tahun ke 6 Kak Da berpeluang berpuasa sambil menyusu anak. Ramai ibu-ibu yang risau mampu atau tidak berpuasa sambil menyusu. Kak Da nak share tips macam mana Kak Da ‘survive’ berpuasa sambil menenyusu ke empat-empat anak Kak Da.

10 Tips Berpuasa Sambil Menyusu:

1) Dapatkan support dari orang sekeliling

Bagitahu suami terutamanya yang anda berazam ingin puasa penuh pada bulan Ramadhan dan inginkan sokongan darinya. Sokongan dari suami ni penting ye supaya dia memahami cabaran berpuasa bagi ibu yang menyusu

2) Sahur dan berbuka dengan berkualiti

Pastikan anda sahur ye bukan sekadar cukup syarat minum segelas air dan kurma. Untuk sahur cuba ambil makanan yang rendah index glisemic seperti roti wholemeal, pasta, spagheti, rolled oat. Roti putih elakkan ye sebab index glisemic tinggi. Makanan berindeks glisemik rendah ni lambat diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar. Saya sahur wajib blend ESP Shaklee bersama kurma. Itu menu wajib saya. Tambahan saya buat roti wholemeal dengan telur dan salad.

3) Uruskan urusan rumah pada waktu malam atau sebelum sahur

Plan dan sebolehnya uruskan hal rumah awal. Jimat tenaga pada waktu siang. Contoh anda plan nak mop lantai, boleh lakukannya di waktu sahur. Urusan perbelanjaan rumah seminggu boleh dibuat pada hujung minggu. Bahkan menu berbuka puasa pun anda boleh plan awal untuk memudahkan urusan pembelian barang basah dan persiapan bahan

Ini contoh menu sebulan berbuka saya. No bombastic menu =)

4) Elakkan kafein dan minuman berkarbonat

Minuman sebegini akan mempercepatkan dihidrasi. Kita ibu menyusu cabaran utama ialah dehidrasi sebab kita menyusu tapi pada masa sama tiada supply air ke dalam badan masa bulan puasa. Jadi elakkan minuman yang boleh menyumbang lagi ke arah dehidrasi.

5) Tidur sebentar tengahari

Take a nap jangan lupa. Tidur sebentar 15 minit sangat beharga supaya kita refreshed selepas itu.

6) Elakkan makanan berminyak semasa berbuka

Makan dalam kuantiti sedikit tetapi berperingkat selepas waktu berbuka untuk maintain energy. Kurma wajib ok untuk supply instant energy selepas seharian berpuasa.

7) Minum air mencukupi secara berperingkat

Biasa masa berbuka kita rasa nak minum berbotol-botol air kan. Tak tepat cara sebegini. Cara yang sebaiknya ialah kita sentiasa minum berperingkat dari waktu berbuka sehingga sahur untuk top up semula kekurangan air kita pada waktu siang.

8) Ambil supplimen pemberi tenaga

Pengalaman saya berpuasa masa menyusu memang lain sangat rasanya dengan berpuasa waktu kita single. Rasa sangat tidak bertenaga sangat mula-mula. Sehingga saya cuba ESP Shaklee. Alhamdulillah ESP ialah energy booster saya.

9) Doa pada Allah

Mohon doa dengan nama Ar Razzaq(Maha Pemberi) untuk bagi kita kekuatan dan tenaga untuk berpuasa dan mencukupkan susu untuk anak kita.

10) Sentiasa positif

Be confident! Insyallah badan kita akan adapt untuk proses berpuasa ni dan seterusnya memastikan penghasilan susu kita tidak terganggu.

10 tips berpuasa untuk ibu menyusu ni diharap dapat membantu ibu-ibu semua bertenaga di bulan puasa.Selamat berpuasa dari Kak Da =)

Add Your Comment

CommentLuv badge