3 Rancangan Kartun Kanak-Kanak Harus Tonton

Kadang-kadang, kita beri anak-anak menonton TV itu satu-satunya cara untuk siapkan makan malam, dan ada juga ianya satu-satunya cara untuk ibu mendapatkan ‘me time’ di tandas =). Tetapi rancangan kartun di TV tidak semua sesuai untuk kanak-kanak bahkan ada yang benar-benar tidak boleh ditunjukkan kepada anak-anak sama sekali. Kak Da berbicara soal anak berumur 2 – 6 tahun.

Jadi anak-anak nak tonton rancangan kartun apa?  Kak Da bantu tolong listkan 3 rancangan kartun yang sesuai untuk anak-anak. Atau lebih tepat, ‘the three least terrible shows’ untuk dipertontonkan kepada anak sementara anda menyiapkan kerja-kerja penting tu.

1) Daniel Tiger’s Neighborhood

Kartun ni sangat comel selain mengajar anak-anak menghargai dan bergaul dengan jiran dengan adab yang sesuai. Daniel Tiger menjemput kawan-kawannya (anak-anak anda) untuk bermain dengannya dan kawan-kawannya menggunakan imaginasi mereka. Kartun ini juga boleh membina kecerdasan emosi kanak-kanak, memahami konsep bergilir, mengambil berat perihal kawan-kawan dengan pelbagai episod yang berkaitan.

 

2) Doc McStuffins

Doc, seorang gadis kecil dengan kot dan stetoskop doktor, menggalakkan sifat berdikari dan yakin boleh kepada kanak-kanak prasekolah kerana sifatnya mengambil berat pesakitnya.
Cerita ini juga boleh membantu kanak-kanak mengurangkan kebimbangan mereka pergi berjumpa doktor. Doc juga berkongsi fakta tentang penyakit dan kuman (basuh tangan anda!) dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.

3) Octonauts

Octonauts Disney Junior adalah rancangan kartun mengenai pasukan pengembara yang tugasnya menolong haiwan dalam kesusahan di bawah laut. Semasa dalam pengembaraan mereka, Octonauts mengajar anak-anak mengenai tumbuhan yang berbeza dan hidupan akuatik.

 

Ada banyak lagi kartun yang bagus. Tapi yang ni yang saya dah tonton dan boleh beri review. Sebaiknya kita menonton bersama anak-anak dan limitkan masa. Cuma yelah macam saya beritahu awal tadi. Ada masa kita tak dapat entertain anak-anak, ini rancangan yang pada saya elok untuk dipertontonkan.

Comments
  1. Posted by Hero Borneo
  2. Posted by riangria
    • Posted by Huda Mazan
  3. Posted by Dedaun Comel

Add Your Comment

CommentLuv badge