4 Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin

Bagi wanita yang pernah melalui proses bersalin dan berpantang, sembelit adakalanya jadi ‘nightmare’ untuk kita kan. Sembelit selepas bersalin sampai kadang-kadang berazam tak nak mengandung dah selepas ni. Tapi sedar-sedar eh termengandung lagi =). Begitulah kita kebiasaannya kan.

Di sini saya ingin kongsi 4 Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin Semasa Berpantang

Tips 1: Minum banyak air kosong

Ini syarat utama ye. Anda buatla tips lain tetapi jika air yang anda ambil tak mencukupi, akan sembelit juga. Cecair akan membuat najis lebih lembut, dan senang untuk dilepaskan. Kita masa berpantang dengan adat kita ada yang tak dibenarkan berkipas sangat. Peluh keluar dan menyusu bayi boleh buat ibu dahaga. Jadi ibu perlu banyak minum air. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap.

Tips 2: Makan buah dan sayur yang tinggi fiber

Saya amalkan buah oren dan betik. Tapi pantau baby ye. Ada baby yang tak serasi boleh jadi sakit perut dan sebagainya

 

Tips 3: Banyakkan pergerakan

Bukan nak suruh berjalan satu rumah sebab masa berpantang memang kita perlu lebih rehat. Tapi usahla asyik terbaring memerap dalam bilik. Ianya akan membuatkan sembelit lebih teruk. Bangun dari katil, berjalan dengan kerap dalam jarak yang dekat-dekat sahaja.

Tips 4: Ambil Ostematrix Shaklee

Bagi ibu yang mengikuti rutin berpantang yang ketat seperti tak dibenarkan makan buah dan sayur tertentu Ostematrix ni insyaallah solution untuk sembelit anda. Magnesium didalam Ostematrix Shaklee  membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang. Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Disebabkan hal ini ibu-ibu perlu minum banyak air bagi mengelakkan tubuh kita kekurangan air.
Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana. boleh hubungi saya Huda 013 4906806 untuk pembelian Ostematrix Shaklee.

Add Your Comment

CommentLuv badge