CARA MENAIKKAN HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

Author: | Posted in Hb rendah, Kehamilan, Set Hamil 2 Comments

Semasa tempoh mengandung, HB (hemoglobin) rendah antara masalah perlu yang dipandang serius oleh ibu-ibu. HB rendah semasa mengandung juga antara kes yang di bawah pantauan nurse sepanjang anda membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. Pengalaman Kak Da, anak pertama HB memang rendah dari awal kehamilan. HB Kak Da bawah 10. Sampaikan doktor buat test Thalassemia ke Kak Da. Alhamdulillah tiada masalah. Memang jenis HB rendah rasanya.

Kenapa ibu-ibu biasanya HB rendah semasa mengandung? Semasa mengandung, badan kita menghasilkan lebih banyak darah tambahan untuk menyokong perkembangan bayi. Jika kita tidak mendapatkan zat besi dan nutrien lain secukupnya, badan kita tak dapat nak menghasilkan sel darah marah yang mencukupi yang mana berfungsi untuk menghasilkan darah tambahan tadi. Sebab itulah HB rendah boleh terjadi.

Kak Da nak share cara-cara menaikkan HB semasa mengandung yang ibu-ibu boleh cuba:

1) Ambil Makanan Yang Boleh Menaikkan HB

  • daging merah
  • bayam
  • kerang
  • ikan bilis

2) Ambil Vitamin C

  • Vitamin C membantu penyerapan zat besi

3) Elakkan Makanan Yang Menganggu Penyerapan Zat Besi

  • Makanan yang tinggi kalsium seperti susu, cheese
  • Minuman berkafein
  • Jarakkan pengambilan jenis makanan ini ketika mengambil supplemen iron (zat besi)

4) Menggunakan Set Hamil Shaklee

Kak Da share pengalaman sendiri. Kak Da sendiri berpengalaman HB rendah masa anak pertama dan kedua sebelum ni. Macam-macam juga ambil doktor suggest. Makan itu ini. Buat ujian darah itu ini, ujian Thalasemia. Kalau cek buku merah Kak Da tu memang merah sungguh dalam tu. Asyik merah sebab HB rendah. Mengandung anak ketiga Kak Da ambil Vitalea, Vitamin C dan B Complex sahaja dari awal. Alhamdulillah HB atas 10. Better than before. Tak banyak merah dah buku check up tu =)

Buku Merah Kak Da

Semoga perkongsian kali ni dapat membantu ibu-ibu agar HB kembali ke paras normal dan kehamilan kita tiada masalah. Untuk pembelian dan consultation produk Shaklee boleh hubungi Kak Da 013 4906806.

Comments
  1. Posted by Hero Borneo
    • Posted by Huda Mazan

Add Your Comment

CommentLuv badge