Mitos Penyusuan Yang Perlu Anda Tahu

Bila bercerita perihal penyusuan susu ibu, kalau boleh hampir setiap orang dari makcik belah mak sampai ke kakak yang buat massage atau facial kat uolls tu akan beri nasihat dan pandangan =). Baguslah macam tu kan sebab ramai yang sudah sedar kepentingan penyususan susu ibu. Tetapi kita sebagai ibu perlu bijak menapis info dan mengetahui sama ada info itu benar atau sekadar mitos. Kak Da nak share mitos-mitos penyususan yang popular di sekeliling kita.

MITOS 1: PAYUDARA KECIL, SUSU SEDIKIT

Size doesn’t matter ok! Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda.

MITOS 2: PAYUDARA CEPAT MENGENDUR

Breastfeeding bukan faktor payudara mengendur tetapi tempoh kehamilan. Payudara akan bertambah beratnya semasa kita mengandung, tidak kira kita breastfeed atau tidak. BMI dan size bra tidak sesuai semasa mengandung kebiasaan menyebabkan payudara mengendur.

MITOS 3: PENYUSUAN BERTINDAK SEBAGAI PERANCANG KEHAMILAN

Boleh jadi tapi jika anda belum bersedia untuk mengandung lagi jangan bergantung kepada teknik ini. Jika anda breastfeed exclusively (kerap, siang dan malam), dan jika bayi berumur kurang dari 6 bulan dan haid anda belum pernah datang boleh percaya pada mitos ini, teknik ni dipanggil ‘lactation amenorrhea method’  98% efektif dalam merancang kehamilan.

 

Kak Da share 3 dulu mitos ye. Episod 2 Mythbuster Breastfeeding Edition Kak Da post next =)

Add Your Comment

CommentLuv badge