5 Vitamin Wanita Berumur 30 Tahun Perlu Ambil

Seperti yang kita ketahui vitamin dan mineral sangat penting untuk kesihatan badan di semua peringkat umur. Kombinasi pemakanan seimbang , exercise dan supplemen membantu badan berfungsi dengan baik dan mengelakkan masalah kesihatan. Perlu diingat, vitamin yang diperlukan dan kuantitinya juga berbeza mengikut umur. Bagi wanita berumur 30 tahun dan ke atas, kebanyakannya fokus kepada ‘anti-aging’ (awet muda), kekal sihat semasa mengandung dan menyusu dan seterusnya ingin lebih bertenaga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ‘working mom’ dan suri rumah yang semakin mencabar. Jom cek apa yang Kak Da senaraikan 5 Vitamin penting untuk kita yang berumur 30 tahun ni:

 

ANTI OXIDANT

Bila dah berumur 30an ni ada satu tabiat baru kebanyakan kita buat iaitu tabiat belek cermin =). Cek ada kedutan tak. Betul tak? Tak semua orang la buat. Kedutan biasa muncul umur akhir 30. Tapi takkan nak tunggu dah ada kedut baru nak buat macam-macam kan. Better prevent than cure. Faktor umur dan radikal bebas dari pemakanan dan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kukit muka kurang tegang dan berkedut. Proses ini dapat dilambatkan dengan pengambilan vitamin E yang konsisten. Wanita yang berumur 30an memerlukan sekurangnya 15mg Vitamin E setiap hari untuk mengurangkan tanda penuaan.Vitamin C pula membnatu penyerapan Vitamin E.

ASID FOLIK

Wanita yang merancang untuk hamil pula sangat disarankan mengambil Asid Folik. Asid Folik mengurangkan risiko melahirkan anak yang cacat seperti kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida).

VITAMIN D & KALSIUM

Wanita berusia 30an sudah mula berfikir tentang cara mencegah penyakit seperti osteoporosis. Kita dapat membantu menjaga tulang dengan mendapatkan kalsium yang mencukupi. Walaupun kalsium ialah mineral, bukan vitamin, tapi ia masih penting buat wanita berusia 30an. National Institutes of Health mengesyorkan semua wanita berumur di bawah 50 tahun mendapatkan sekurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Vitamin D pula diperlukan untuk membantu badan menyerap kalsium. Jadi pilih supplemen kalsium anda dengan bijak. Ostematrik pil kalsium Shaklee mengandungi Vitamin D di dalamnya =)

IRON

Mineral lain yang diperlukan ialah zat besi (iron). Wanita berpotensi kekurangan zat besi terutama mereka yang melalui tempoh darah haid yang lama dan banyak atau mereka yang mengandung. Kekurangan zat besi boleh membuatkan kita berasa letih dan meningkatkan kebarangkalian kita mudah dijangkiti penyakit lain.

OMEGA

Omega-3 tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia, dan perlu diambil dari sumber luar. Omega penting bagi wanita untuk mengurangkan senggugut semasa haid, mencegah kanser payudara, perkembangan otak bayi semasa hamil, mengurangkan kemurungan selepas berpantang, mengurangkan risiko sakit jantung, mencantikkan kuku dan kulit dan mengurangkan masalah dan simptom menopause.

Setakat ni dulu Kak Da share kali ni. Jangan lupa consult doktor sebelum mengambil sebarang supplemen. Untuk pembelian supplemen Shaklee boleh contact Kak Da 013-4906806

Add Your Comment

CommentLuv badge