Ketahui Hormon-Hormon Terhasil Kerana Penyusuan

Terdapat 2 hormon yang penting terhasil semasa penyusuan susu ibu berlaku, di mana kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza kepada ibu dan bayi. Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron. Kak Da sedang belajar ilmu-ilmu penyusuan. Walaupun anak dah 4 orang dan fully breastfeed semua tapi rasa banyak lagi yang Kak Da tak tahu. Seronok sebenarnya kalau kita buat sesuatu dan faham konsep di sebaliknya. Jadi Kak Da share dalam blog ni sini serba sedikit apa yang Kak Da tahu.

PROLAKTIN

Hormon ini terhasil melalui rangsangan ketika bayi menghisap puting payudara. Fungsi utamanya ialah untuk menghasilkan lebih banyak susu.  Isyarat akan dihantar ke otak apabila terdapat ransangan untuk supply ataupun menghasilkan susu. Seterusnya merangsang kelenjar pituitari merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

OKSITOSIN

Oksitosin merupakan satu lagi hormon penting dihasilkan oleh tubuh ibu apabila penyusuan susu ibu dimulakan sejurus kelahiran bayi. Ia turut dikenali sebagai hormon kasih sayang (love), kelahiran (labour) dan penyusuan susu ibu (lactation). Hormon oksitosin didapati akan meningkat lagi apabila ibu bersentuhan kulit dengan bayi dan seterusnya apabila bayi menghisap susu pada payudara. Bukan itu saja, malah oksitosin juga dipercayai boleh meningkat hanya dengan memikirkan tentang bayi, menatap gambar bayi dan juga mendengar tangisan bayi! Hormon oksitosin ini penting semasa penyusuan susu ibu kerana ia merangsang keluarnya susu ibu melalui rangsangan pada otot di sekitar payudara. Jadi betapa pentingnya hormon oksitosin ini pada wanita kerana ia mempengaruhi penyusuan anda melalui let-down refleks pada ibu. Jika anda berada di dalam mood yang happy dan relax, maka penyusuan anda pun berjalan dengan lancar kerana pengeluaran hormon oksitosin ini.

 

 

Add Your Comment

CommentLuv badge