Perkembangan Anak-Anak

Dah lama rasanya tak bercerita hal anak-anak. Awal-awal blogging masa zaman universiti dulu semua cerita hal peribadi, kehidupan sebagai student dan macam-macam pengalaman beharga. Rasa hari ni nak mengomel certita perkembangan anakanda Kak Da 4 orang ni.

Kakak Balqis yang sulung Darjah 1 tahun ni. Biasalah naik darjah 1 banyak benda-benda baru yang dia belajar. Awal-awal dulu dia macam ‘kejutan budaya’ juga. Yelah kena buat kerja sekolah, bangun awal. solat 5 waktu. Untuk bab solat ni sebelum umur 7 tahun  kami dah biasakan dia solat tapi kami tak berapa strict sangat. Seperti dalam hadith Nabi :

“Suruhlah anak-anakmu melakukan shalat di waktu dia berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kalau sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka (maksudnya antara anak laki-laki dan perempuan)”. (HR. Abu Daud)

Kita ibu bapa hendaklah memerintahkan anak untuk solat bermula umur tujuh sampai sepuluh tahun. Maksudnya selama tiga tahun kita mesti  bersabar membimbing dan mengingatkan sentiasa berkenaan solat. Jom kira berapa kali perintah ni kita perlu sampaikan kepada anak. Perintah ni selama tiga tahun, tiga tahun sama dengan 3 x 365 hari = 1095 hari. Solat 5 x sehari semalam. Jadi 1095 x 5 = 5475 x perintah. Jadi, kita mempunyai amanah 5475 x mengingatkan anak untuk solat sebelum kita mempunyai hak ‘memukul’ terhadap anak kalau tidak solat. Jadi boleh cek diri kita ibu bapa, sudah tertunaikah tanggungjawab kita untuk memperingatkan hal solat setiap kali masuk waktu solat sebelum kita mempunyai hak untuk memukul mereka jika tidak solat.

Perihal belajar pula, mencabar juga dengan 11 mata pelajaran. Mencabar tak mencabar jom tengok antara silibus Matematik Darjah 1. Kita pun kena baca dua kali kasi faham, apatah lagi nak bagi anak yang darjah 1 ni faham. Apa-apa pun bak kata Cikgu Mohd Fadli Salleh, nak taknak mak ayah kena ajar juga kat rumah, kalau tak nanti anak ketinggalan. Alhamdulillah Balqis dah boleh baca masa 6 tahun, jadi  mudah sikitla di situ. Tapi tak semua anak-anak Darjah 1 tahu membaca. Sian anak-anak.

Untuk Bahasa Inggeris saya gunakan buku Peter & Jane di rumah. Sedikit sebanyak saya lihat agak membantu perbanyakkan vocabulary dia. Selain rancangan kartun seperti Peppa Pig banyak membantu juga English dia. Buku Peter Jane ni ada 36 buku semuanya. Siri 1 hingga 12. Tahap pembacaan semakin banyak dan sukar dari siri 1 ke 12.

Siri 1

 

Siri 4

Guna buku ni macam guna buku Bacalah Anakku, perlu kesabaran dan jaga mood anak baca. Sekali sesi baca tak boleh lama. Kena ulang sampai dia boleh baca tanpa guide kita. Untuk Balqis dah masuk Siri 5b. Aisyah Siri 1b.

Untuk Aisyah 5 tahun berbeza dengan kakaknya. Setiap anak berbeza kan cara. Kena lebih memuji sikit Aisyah ni baru mood dia ok nak baca dan belajar. Walaupun saya tengok perkembangannya tak selaju kakaknya tapi bak kata suami, kita yang kena konsisten ajar. Sampai masa dia nanti dia boleh buat. Dan memang betul. Lama masa yang saya guna untuk ajar Aisyah buku Iqra, Bacalah Anakku dan Peter Jane. Ada kadang-kadang satu muka surat tu ambil masa sebulan untuk dia betul-betul boleh. Kita ikut flow anak. Kenapa saya beriya sangat nak bagi dia pandai baca? Nak tunjuk ke kawan-kawan ke? Nope. Silibus Math Balqis Darjah 1 tu dah cukup menyedarkan saya. Nak taknak, anak kena pandai baca umur 6 tahun target saya sebab darjah 1 memang sangat perlu kemahiran membaca ni. Suka ke tak suka dengan silibus, kita orang bawah kena follow je lah. Kita bukannya Pak Menteri. Kalau tak, anak yang ketinggalam nanti.

Semalam Aisyah dah masuk siri 2 Buku Bacalah Anakku, saya happylah sangat sebab ada satu masa dulu saya rasa susah sangat nak ajar Aisyah. main dengan emosi sikit nak ajar Aisyah ni. Dan tak lupa, nak ajar anak-anak ni perlu kerjasama ibu dan ayah. Alhamdulillah suami seorang yang strict juga bab-bab belajar. Dia banyak tolong ajar Balqis sebab dia pandai Arab =). Saya banyak ajar Aisyah sebab saya lebih kuat sabar. Hehe.

Apa- apa pun semoga anak-anak kita diterangkan hati dan dimudahkan urusan pembelajaran. Cemerlang akhlak,akademik dan jadi anak soleh solehah. Sekian dulu coretan Kak Da kali ni.

Add Your Comment

CommentLuv badge