5 Tips Mengurangkan Bengkak Susu

 

 

Para ibu mesti biasa dengar masalah bengkak susu kan? Ada yang pernah mengalaminya mesti teringat lagi macam mana sakitnya rasa bengkak susu tu kan. Punca utama terjadinya bengkak susu ialah bila susu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan secara kerap dan efisien. K Huda pernah kena bengkak susu masa dalam pantang. Baby kena jaundis jadi memang kuranglah menyusunya. Merasalah K Huda bengkak susu masa tu. Jangan dipandang mudah ye bengkak susu ni. Jika tak dirawat boleh menyebabkan infection dan mastits.

Ada pelbagai cara yang kita boleh buat di rumah untuk mengurangkan bengkak susu. Hari ni K Huda nak share 5 Tips Mengurangkan Bengkak Susu yang ibu-ibu boleh cuba buat.

1) Kerapkan Penyusuan

Teruskan penyusuan dengan kerap walaupun sakit dan kosongkan payudara sekurangnya setiap 2 jam. Berhenti menyusu akan menambah buruk lagi keadaan. Ibu juga boleh menggunakan pam atau perah menggunakan tangan.

2) Tuam

Sebaiknya sebelum penyusuan buat tuam panas menggunakan kain di sekeliling payudara. Tuam payudara dari atas dada ke bahagian puting. Ini supaya saluran tadi akan mengembang dan melancarkan saluran susu yang tersumbat.

3) Urut

Boleh gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun untuk urutan. Urutan dibuat dari dada ke arah puting.

4) Pelbagaikan Posisi Menyusu

Kunci utama untuk mengurangkan bengkak susu ni ialah pastikan payudara dikosongkan. Untuk memastikan payudara kosong, boleh pelbagaikan posisi semasa penyusuan.

5) Ambil Supplemen Lecithin

Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu. Lechitin merupakan emulsier atau pemecah lemak semulajadi. Lechitin juga berfungsi untuk membersihkan saluran darah dan mencairkan lemak. Sebab itulah ianya amat disyorkan untuk ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak susu. 

Jom lihat testimonial Lecithin mengurangkan masalah bengkak susu. =)

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian supplemen, whatsapp K Huda 013 4906 806 untuk bantuan. =)

Add Your Comment

CommentLuv badge