Kepentingan Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit

Author: | Posted in Vitamin C No comments

 

Vitamin C ialah sejenis antioxidant yang kuat yang boleh digunakan dalam dermatologi untuk merawat dan mencegah perubahan yang berkaitan dengan kulit. Ia juga boleh digunakan untuk rawatan hiperpigmentasi. Jika sebelum ini, Vitamin C hanya terkenal untuk meningkatkan antibodi, tetapi kini para saintis telah menemui fungsi baru dalam Vitamin C  yang dapat membantu kita tetap sihat dan kelihatan lebih muda. Hari ini Kak Huda nak share apa yang Vitamin C boleh lakukan untuk kulit kita :

1) Mencegah Kedutan

Produk kecantikan hari ni tak dapat lari dengan label yang menonjolkan antioksidannya. Ada sebab yang baik. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa individu yang makan makanan yang kaya dengan vitamin C didapati kulitnya kurang berkedut berbanding mereka yang dietnya hanya mengandungi sedikit vitamin. Ini kerana Vitamin C membantu membentuk kolagen, mengurangkan garis halus dan kedutan.

2) Perangsang Kolagen

Manfaat paling menarik vitamin C ialah ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kolagen. Kolagen ialah struktur protein dalam kulit yang memberikan ketegangan kepada kulit. Kita mempunyai banyak kolagen di usia muda, tetapi akan kehilangannya semasa semakin berusia dan ini yang membawa kepada garis dan kedutan kepada kulit. Vitamin C ialah satu-satunya perangsang kolagen yang kaya dengan sifat antioksidan. Jadi bukan hanya menggalakkan penghasilan kolagen, tetapi juga melindunginya.

3) Mengecilkan Liang Pori

Kita boleh guna pelbagai skincare produk tetapi kebanyakan produk tidak akan dapat banyak membantu memperbaiki rupa liang pori kita. Pori boleh kelihatan besar kerana kehilangan kolagen. Dengan merangsang kolagen, vitamin C dapat membantu pori-pori kelihatan lebih kecil dan lebih baik.

4) Tona Kulit Tidak Sekata

Dengan pengambilan Vitamin C, kita dapat melindungi DNA kita daripada semua jenis tindak balas fotokimia yang akan menyebabkan perubahan warna kulit, kanser dan tumor kulit. Ini  kerana Vitamin C berfungsi untuk menghalang pengeluaran ‘Pyrimidine dimers’, yang merupakan sebab utama terjadinya melanoma pada kita.

Jika anda sedang mencari supplemen Vitamin C, Shaklee ada menyediakan Sustained Release VItamin C Plus. Jom kita cek testimoni-testimoni di bawah`:

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapp Kak Huda di 013 4906 806 ok. =)

Add Your Comment

CommentLuv badge