Resepi Roti Puri Mudah

Bagi mencari menu sarapan pagi atau minum petang yang mudah dah sedap boleh untuk cuba resepi roti puri ni. Makan tak sedar dah habis. Sebelum ni ada nampak orang share kat FB tapi masih belum terbuka hati nak cuba. Last week baru K Huda cuba untuk sarapan weekend. Buat weekend sebab makan ni memang tak ingat dunia. Duk ngadap tengok-tengok eh dah pukul 10 pagi dah.

Ok jom tengok resepi roti puri ni.

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum*
1sdt yis kering brand mauripan*
1sdt gula*
3sdb minyak masak*
1/2 sdt garam*
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Masa proses menggentel ni kita mintak tolong anak-anak buat

 

Masa proses menggoreng ni paling penting sebab nak bagi dia kembung. K Huda goreng satu-satu. Siram minyak panas atas roti sambil terbalikkan roti.

 

Tengok tekstur dalam dia menggelembung kan. Ini hasil lepas di goreng.

Makan panas-panas sedap cicah dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau apa-apa yang seangkatan dengannya =). Resepi 2 cawan tepung gandum ni K Huda dapat dalam 18 roti puri. Jadi boleh double kan ikut kuantiti roti yang anda nak. Selamat mencuba.

Add Your Comment

CommentLuv badge