Earth Hour di Terengganu

Author: | Posted in my life No comments




Assalamualaikum


Semalam agak kepenatan selepas seharian menjaga booth untuk menjayakan program Bilik Gerakan DUN Paka yang terdekat. Abang pun kena masuk ofis semalam. Sampai rumah dalam pukul 6 sempat browse internet melihat berita-berita terkini (hobi saya sejak kahwin ialah membaca berita online sebab kami tidak beli TV di rumah.. =) ).

“Earth Hour la hari ni… lupa. Nak tutup lampu la nanti 8.30”, berkata-kata sendiri. Sebenarnya terlupa yang hubby ajak keluar jalan-jalan malamnya tu.

Lepas isya’ kami bersiap-siap nak keluar. Abang tanya nak pergi jalan mana. Huhu..kat Paka ni takde tempat menarik dah kalau nak jalan-jalan. Mesra Mall la jawabnya.

Sampainya kami di sana, pelik sebab Mesra Mall nampak gelap. Kami berdua kepelikkan bila masuk Mesra Mall, memang suasana macam terputus bekalan elektrik. Hanya beberapa lampu sahaja dibuka. Memang terlupa Earth Hour. Hajat di hati nak makan Tom Yam Kung di Secret Recipe terbatal sebab ramai orang. Makan di foodcourt pun sedap. Sampai di foodcourt..lagi pelik. Bergelap foodcourt. Ada beberapa meja yang memasang lilin. Macam candle light dinner pulak.

Sebelum menempah order di kedai masakan kegemaran kami kalau pergi foodcourt Mesra Mall (sizzling mi), terserempak dengan senior IMPROF kami Abg. Z dan K.Dina tengah makan juga. Suami saya pun bertanya berseloroh pada Abg.Z, “Abg.Z, kenapa Mesra Mall takde lampu ni? Memang selalu macam ni ke malam-malam?” “Earth Hour”, kata Abg.Z. Laa…

Macam mana saya boleh lupa Earth Hour sedangkan sebelum tu dah beria-ia nak tutup lampu kat rumah. Kelakar pulak saya rasa semalam. But it’s a good iniatives dari Mesra Mall. Dalam 9.30 baru lampu dihidupkan. Barulah perasan semua pekerja dan pekedai memakai baju Earth Hour.

Bersama menjimatkan penggunaan elektrik dan semuanya. Membazir amalan syaitan. Pelihara bumi kerana itu memang tanggungjawab kita sebagai khalifah =)

Add Your Comment

CommentLuv badge