Allah..

Author: | Posted in anak-anak, my life, tazkirah 5 Comments
Balqis tertidur sambil hisap jari

Alhamdulillah Balqis bakal berumur 4 bulan pada 30hb ni. Balqis dah pandai ape orang tanya? Balqis dah pandai borak, jerit, hisap jari, gelak2, x suka baring..asyik nak kena dukung je, berat dah 6.5kg. Masih belum berjaya meniarap. Takpe cayang umi..learnt it step by step.

Weekend semalam kami berada di Kuantan, kenduri sepupu rapat saya. Seronok sebab jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Merapatkan yang dah lama terpisah, yang tak pernah bertemu. Pada masa sama saya belajar banyak perkara yang berguna sebagai ibu. Sharing dari makcik yang bermakna. Kalau nak cerita panjang sangat.. pengajaran dari cerita tersebut; “Peliharalah Allah, Allah akan menjagamu” & Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.

2 perkara ni memang saya sedang praktikkan dalam kehidupan sebagai isteri dan ibu. Bila dah jadi ibu ni makin terasa. Dan sometimes saya akui saya agak lemah. Satu benda yang saya akui..saya takut bila tinggal berdua dengan Balqis bila suami ke kerja atau program di malam hari. Same goes to my aunt yang ceritakan kat saya perkara ni. Macam2 saya fikir dalam kepala.. pencuri la itu la ini la. Serius.. Dulu tinggal sorang masa Balqis x lahir lagi ok je..bila berdua dengan Balqis lain pulak sebab kita ada orang yang kita risaukan lagi iaitu anak kita. Kalau suami balik awal atau ada di rumah itu satu kelegaan yang amat besar buat saya. Seperti satu beban yang hilang. Kadang-kadang nak request je xyahla pergi kerja hari ni..tapi tak sampai tahap tu la =p. Banyak lagi persamaan kisah saya dengan makcik saya. Saya boleh kata agak trauma bila dengar Balqis start nangis..

Lemahnya saya. Allah kan ada di samping kita setiap masa. Minta tolong pada Allah agar permudahkan urusan dengan anak kita. Minta pada Allah agar diberi ketenangan hati. Minta pada Allah agar dijauhkan dari segala kejahatan. Minta Allah kekuatan untuk permudahkan urusan rumahtangga. Jaga hubungan dengan Allah, Huda..

Comments
  1. Posted by Norzila Noh
  2. Posted by Ismi Huda
  3. Posted by Norzila Noh
  4. Posted by Nurulhuda Mustapakamal
  5. Posted by Ismi Huda

Add Your Comment

CommentLuv badge