Anak umi

Author: | Posted in anak-anak, parenting 8 Comments


Assalamualaikum semua

Lama tak terupdate blog ni atas kesibukan sebagai surirumah+guru tuisyen kepada 20 anak murid yang mempunyai 8 sesi kelas seminggu+isteri+ibu+anak+petugas agama Allah. Siapa kata surirumah tak sibuk. Amatlah sibuk bagi saya. Lebih-lebih lagi jika dah ada anak. Saya amatlah ‘pantang’ bila ada orang kata surirumah rileks… try la jadi 5 tanggungjawab di atas. Maafla..saya amat geram.

Saya bercakap sebegini sebab beberapa kali pernah terjadi pada saya. Semua tugas dan seringan-ringan bagi tazkirah nak diberi kepada kaum surirumah dengan alasan surirumah banyak masa. Saya tak berkira nak diberi tugas, kerja atau sebagainya tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk mengelak diberi tugas, taklifan atau sebagainya. Sama je kondisi dengan orang yang bekerja cuma surirumah office nya di rumah. Itu je beza. Masa rehat ataupun masa ‘mengulor’ saya ialah dengan surfing the net, blogging, cari maklumat dan sebagainya. Masa rehat orang yang bekerja ialah bersama-sama rakan pejabat, launch hour, etc. Surirumah mana ada rakan lain kecuali anak, suami dan laptopnya =)

Jadi..sama-samalah kita bertimbangrasa antara satu sama lain. We’re in the same boat..just with a different name.

Perkembangan anak umi 6 bulan 3 minggu:
-Alhamdulillah Balqis dah berjaya berguling-guling dengan jayanya 6 bulan hari tu
-Balqis dah start makan solid food. Pisang blend+susu umi is her 1st recipe.
-Balqis sangat banya main sekarang
-Balqis dah pandai tegur umi kalau umi buat-buat tak layan dia
-Balqis sangat suka menjerit dan meneran =)
-Balqis makin comel


Balqis di Pantai Paka

Comments
  1. Posted by Atikah Jamaludin
  2. Posted by mrs D
  3. Posted by Al-Farashah
  4. Posted by Norzila Noh
  5. Posted by Ismi Huda
  6. Posted by mrs D
  7. Posted by ammira azmi
  8. Posted by Ismi Huda

Add Your Comment

CommentLuv badge