Mati itu pasti

Author: | Posted in my life, tazkirah 1 Comment

Al fatihah buat arwah Khairul Hakimi yang meninggal akibat kemalangan. Beliau merupakan pelajar tahun akhir UTP. Tidak kenal rapat dengan arwah tetapi sempat kenal semasa di UTP dan semasa arwah berpraktikal di Paka.
Siang tadi diberi kesempatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya. Semasa sampai, jenazah selamat dimandi dan dikafankan. Semua urusan jenazah sehingga pengkebumian diuruskan oleh sahabat-sahabat arwah. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNya mengikut kata sahabat arwah.
Suami banyak bercerita berkenaan arwah since banyak meminta tenaga kerja arwah dan rakan yang lain semasa berpraktikal di sini. Arwah merupakan seorang yang komited dengan gerakerja Islam dan mudah untuk memberi sumbangan tenaga untuk gerakerja Islam.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik tadi asyik terfikir dan muhasabah diri seketika. ‘arwah sekarang sedang disoal oleh malaikat di dalam kubur…bagaimana keadaan arwah?’, “bagaimana keadaan aku dalam kubur kalau mati sekarang?”, “sudah cukup bekalan yang hendak dibawa ke sana?”…allahurabbi.. Sudah bersediakah aku untuk bertemu tuhanku?Allah..terimalah taubatku. Aku ingin mati dalam agamaMu, dalam perjuangan ini, aku takut akan siksaan kuburMu, aku ingin ditempatkan di kalangan yang beriman, aku ingin bertemu dengan kekasihMu Rasulullah, aku ingin masuk syurga ya Allah..Tetapi layakkah aku ya Allah? Berilahku kekuatan untuk meraih redhaMu..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.

Comments
  1. Posted by ammira azmi

Add Your Comment

CommentLuv badge