Too much to learn

Author: | Posted in my life 1 Comment

Anak-anak dah tidur, masa untuk ummi ‘bersendiri’. Malam je ummi dapat buat aktiviti ummi sendiri, siang memang masa untuk anak-anak selagi mereka tidak tidur. Itu pun kalau malam takde program etc. Alhamdulillah masa dirasakan sangat tinggi nilainya.

Dalam kepala ni macam-macam perkara nak kena buat. Sampai ada tahap rasa tak cukup masa 24jam. Ni pun rasa nak meluahkan dengan blogging. Saya rasa banyak sangat perkara yang saya kena study. Kalah student Master, PHD..ahaa

Macam-macam, sebab banyak benda yang saya masih tak tahu sebagai ibu, isteri, dai’e. Nak study pasal eczema Balqis and how to heal it. Baru jumpa group FB Natural Healing for Asthma Allergies Eczem. Banyak sangat info-info berguna yang saya baru tahu. Baru tahu penggunaan steroid cream yang selalu diberi Doktor tu sangat tidak elok dan memberi kesan yang tidak baik esp to infant. Baru tahu VCO(virgin coconut oil) pun boleh mendatangkan alahan kepada sesiapa yang mempunyai eczema. Selama ni duk sapu VCO ke Balqis. Banyak lagi nak kena study. Syukur dapat join group ni.

Ini baru bab kesihatan. Bab pendidikan anak-anak, healthy living, business, fikir masalah negara lagi =p. Saya yakin semua orang mengimpikan kehidupan yang sebaiknya, jadi mari kita berusaha ke arah itu.

Inilah ilmu Allah kan, sangat luas. Allahuakbar. Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita rasa kita tak tahu.

Mari menggunakan masa sebaiknya, manage time well. Banyak ilmu yang kita boleh dapat sama ada di Facebook, website, buku dan sebagainya. Terpulang sama ada kita mencarinya atau tidak.

Selamat malam.

Ohh..saya tidak seserius gambar di bawah ketika mengadap laptop =)

Comments
  1. Posted by MamaAliya

Add Your Comment

CommentLuv badge