Penjagaan Anak Chicken Pox


Bila anak chicken pox, mak ayah la yang paling risau. Cara penjagaan chicken pox, makanan, tips supaya tak gatal dan tidak parut inilah yang saya cari masa Balqis chicken pox 2 minggu lepas. Lepas Balqis, si adiknya Aisyah pulak kena. Uruskan anak chicken pox memang sangat mencabar bagi saya.

Chicken pox ni disebabkan dari virus bernama varicella-zoster. Biasanya virus ni boleh merebak ke orang lain 2-3 hari sebelum blister tu timbul sehinggalah kering. Blister ni akan timbul 14 -16 hari selepas berjangkit dengan individu yang sedang chicken pox. Macam balqis memang betul 14 hari lepas balik kampung hari tu timbul blister. Sepupunya ada kena chicken pox.
Sumber : Webmd

Ini pula rupa blister mengikut hari :


Ikut pengalaman saya, bila hari  ke 3-5 bila blister  tu dah penuh  dengan air,  time ni anak-anak saya memang meragam. Sakit dan  gatal. Memang menuntut kesabaran yang tinggi time ni untuk ibu dan ayah. Hari ketiga malam Aisyah demam tinggi, sakit blisternya dia kata. Malam memang tak tido. Setiap 5 minit terbangun. Mak ayah kena banyaaak sabar. Saya ada buat bedak daun semambu dan mandi guna daun tu sekali. Air kelapa kena bebel dengan Dr Rashid. Dia kata tak payah beri pun tak apa.

Saya kongsikan lagi tips-tips Penjagaan anak chicken pox di sini.

Tips Penjagaan Anak Chicken Pox

1) Potong kuku anak pendek

Bila gatal biasa anak akan menggaru. Biarlah dihalang macam mana pun.  Jadi boleh potong kuku pendek supaya blister tu tak kena infection bila digaru. Atau boleh pakaikan sarung tangan/mitten.
 

2) Elakkan  berkongsi  minuman  dan tempat tidur

Virus boleh merebak melalui  air liur, bersin, air dari  blister  tu bila  pecah. Baju kena asingkan  bila basuh ye. Rendam baju anak  dengan air mendidih dan sidai di bawah matahari untuk matikan  virus.
 

3) Mandi 4 jam sekali

Ini untuk mengurangkan rasa gatal. Saya cuba untuk buat oatmeal  bath.
 

4) Tingkatkan antibodi anak

Saya beri anak Nutriferon dan Vitamin C chew Shaklee untuk elakkan anak deman, batuk dan selesema sebab antibodi anak jadi lemah masa ni disebabkan virus chicken pox ni.

5) Hilangkan parut chicken pox

Lepas blister dah kering, saya sapu gilir-gilir dengan krim Herbal Blend dan Vitamin E Shaklee. Yelah anak dara kan, risau ummi ada parut nanti. Ni rupa Balqis bila dah kering:


Saya harap sedikit panduan saya dapat membantu ibu bapa untuk menghadapi situasi bila anak chicken pox ni. Untuk membeli Nutriferon, Vitamin C chewable, Herbal Blend dan Vitamin E seperti di atas bolehla hubungi saya:


Huda
Whatsupp : 0134906806
Pengedar Shaklee anda
COD di Paka, Kerteh, Dungun



                          

Add Your Comment

CommentLuv badge