Why I Stop Shaklee?

Author: | Posted in Uncategorized No comments

Assalamualaikum semua. Lama dah K Huda tak bersiaran kan. Kesibukan mak anak 4 macam nilah. Haha. Ok tajuk post macam panas je kan. Insyaallah post ni lebih pada nak bagi penjelasan pada bekas-beks downline Shaklee K huda, rakan-rakan yang bertanya. Nak jawab sorang-sorang leceh jadi kita buat post blog je senang kan. Orang tanya, nah kita bagi link post ni baca. Haa gittew caranya nak jimat masa =). K Huda tak berminat nak viral kan post ni sebab nak jaga sensitiviti rakan-rakan K Huda yang menjadi agent. They are my friend. Lebih pada nak bagi penjelasan kepada mereka yang bertanya.

Untuk pengetahuan, dari pertengahan tahun 2017 lagi K Huda dah slow down Shaklee dan fokus pada bisnes lain. Cuma tahun 2018 ni betul-betul tekad untuk tidak menjual produk Shaklee dan menggunakannya tanpa prescribe doktor. K Huda dah insaf setelah follow FB Dr Rafidah Abdullah, seorang pakar buah pinggang. Banyak kes pesakit buah pinggang yang doktor temui amalkan supplemen (supplemen ni Dr tak rujuk pada Shaklee je ya. Segala makanan tambahan,jamu,makanan sunnah dlm bentuk pil. Lagi-lagi yang xde KKM/homemade). Bagi yang sedang mengambil supplemen boleh buat cek darah untuk cek hati, buah pinggang dan lain-lain.

Mengikut Dr Rafidah, seorang yang sihat tidak memerlukan supplemen. Tak kira supplemen untuk kulit ke, menyusu ke, kurus, anti aging dan macam -macam lagi la kan produk yang timbul sekarang ni. Jika sakit, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum menggunakan mana-mana supplemen. Cukup amalkan makanan seimbang dan senaman setiap hari. Sayangi buah pinggang kita. Jadi di sini, K Huda nak minta maaf pada downline-downline, bekas customer Shaklee K Huda sekiranya K Huda telah memberi pendapat yang salah sebelum ini.

Itulah reasonnya K Huda stop Shaklee dan jamu-jamu ya kawan-kawan. Azam tahun 2018 amalkan pemakanan sihat dan bersenam sekurangnya 30 minit sehari.

Jadi K Huda buat apa bila dah stop Shaklee ni? Goyang kaki je tunggu duit jatuh dari langit. Hehe takdelah macam tu kan. Banyak K Huda buat sebelum ni tapi start pertengahan 2017 K Huda slowly start berniaga di Ebay US. Belakang tabir je kita ni. Tak mampu dah nak berjual di FB bagai.  Ebay ni buat apa? Konsepnya macam Lazada, Shopee je gitu cuma K Huda guna Ebay dan market US. Target K Huda, akhir tahun 2018 ni K Huda dapat title Ebay Top Rated Seller. Target tahun lepas tapi tak kesampaian. Doakan K Huda ya tahun ni.

K Huda pun doakan semoga berjaya dalam apa jua yang kawan-kawan dan bekas downline K Huda buat sekarang. Keep in touch ok =)

 

 

 

Add Your Comment

CommentLuv badge